Friday, July 1, 2011

Hari Pertama

Petang tadi tak sabar2 nak balik dari opis sebab nak ambik Dania dan Dafiy kat Taska. Camanalah keadaan dia orang hari pertama kat sana. Sampai Taska pukul 5.50pm, Mummy tengok tak ada pulak Dania dan Dafiy main2 kat buaian or gelongsor dalam kawasan taska tu. Tak de pulak Daddy kata nak ambik budak2 tu.


Tak lama lepas tu baru nampak Dafiy keluar dari taska, lari2 dia bila nampak Mummy.., sibuk dia tanya kenapa Mummy tak balik awal ambik dia. Lepas tu si Dania pulak keluar dengan menanggis berair2 mata. Dia kata tak nak duduk kat nursery dan nak pindah nursery lain... sabar je la budak ni...


Mummy rasa lama2 nanti oklah dia orang berdua ni, hari pertama so tak biasa lagi dengan environment dan kawan2 kat Taska.

1 comment:

  1. kesian pulak si daffy n dania.gaknya nak 2ggu ko ambik dia tu satu penantian yg menyeksakan.

    ReplyDelete