Wednesday, July 6, 2011

Sambal bilis segera

Sekarang ni on d way balik kerja kepala puas fikir apa nak masak untuk dinner. Fenin gak nak fikri pasal menu ni. So in d end petang semalam Mummy recycle gulai kari kelmarin. Mummy cuma goreng ayam rempah, sup bodoh dan sambal bilis segera ni. Menu kari untuk daddy, ayam goreng dan sup untuk anak2. Mummy makan nak kena ada something yang pedas, so buat sambal ikan bilis segera je la.


Arwah emak dulu suka buat sambal ikan bilis ni, kekadang emak letak kicap. Version yang Mummy buat ni Mummy letak air asam jawa. 




Sambal ni buat kena pedas2 baru mantap... nak bagi warna warni sikit boleh le letak cili masak biar nampak meriah. Kalau bualn puasa kan makan untuk sahur dengan nasi putih dan telor mata je pun dah ok. 

Kalau ada yang teringin nak cuba, sambal ni pun resepi campak2 je;
- ikan bilis digoreng (siang dan cucilah dulu yer...heheh)
- cili api ikut suka
- cili masak
- bawang besar sebiji
- bawang putih 3 ulas
- sedikit asam jawa

Panaskan minyak dan campak cili, bawang besar dan bawang putih. Goreng sampai rentong wangi. Masukkan air asam jawa, garam, perasa dan ikan bilis. Tunggu sampai didih sikit dan angkat. Siap.... tak sampai pun 10 minit.

5 comments:

  1. Ni org panggil sambal kelesa .Nape ko bubuh air, kembang ler ikan bilis tu..

    ReplyDelete
  2. saja nak bagi kuah... kadang2 aku buat kering gak...

    ReplyDelete
  3. Nape x bubuh kicap, klu bubuh kuah kena guna ikan bilis hitam(yg besar) bubuh belacan......selalu curi lauk ni bila arwah biong suapkan anak2 lek Sapurah....Jani n Kiong

    ReplyDelete
  4. Salah satu menu yang aku dah hampir2 lupakan, sebab dah bertahun2 tak pernah buat. rasanya last aku makan lauk ni masa zaman mummy gee duk ngan aku kat Keramat, tu pun dia dia yang buat....

    ReplyDelete
  5. Mama Janet/Kak Kay - sedap la sambal ni, ikan bilis tu masukkan kemudian so masa makan dia rangup lagi. janganlah buat banyak2.

    ReplyDelete