Thursday, July 28, 2011

Apa aku kisah, bukan rumah aku pun!

post yang dah lama terperap di dalam 'draft mode'.... Weekend lepas yang sungguh meletihkan. Hari Sabtu settledkan semua urusan rumah dari cuci dan iron kain baju, tukar cadar, cuci towel hinga mop lantai atas bawah. Malam minggu tu sambung lagi iron kain baju. Hari Ahad awal bagi buat breakfast dan pukul 9am bertolak ke rumah lama Mummy kat BBNilai. Anak2 semua angkut sama sebab plan nak bawak dia orang swimming kat Nilai Spring Resort. Tujuan utama ke rumah Nilai sebab nak mengecat, almaklumlah dah dua tahun sewakan kat student sure cat pun dah kotor.

Cam  nak balik kg je ...hehhe... beg baju, bekalan makanan, water jet, mop penyapu semua siap

Kereta belum bergerak masing2 dah 'isi minyak'

First impression bila sampai rumah Nilai, ni dalam hati berkata2, ni ke rumah Mummy? Kenapa suram dan tak terjaga je?


Ni la rumah Mummy kat Desa Anggerik, BBNilai yang Mummy sewakan selama 2 tahun kat student USIM.

Baru tengok kat ruang depan yang penuh dengan kasut2 dan lain2 barang ni je Mummy dah boleh bayangkan keadaan kat dalam rumah tu....

Ruang tamu yang bersepah


Gambar nostalgia yang tergantung kat living area bawah... tetiba rasa nak balik kampung la pulak


Kat belakang kabinet tv ni penuh dengan sampah2. Lupa nak test samada tv tu berfungsi lagi ke tak.

Bilik arwah emak...kotor betul dinding


Semua toilet bowl kat tiga2 toilet tanggal penutupnye, tak tau le banyak sangat dia orang melepas atau dia orang bertenggek atas toilet bowl tu kut. Bilik air bawah ni singki pun dah tak ada kat tempatnya, pecah le tu gamaknya. Tu yang tergantung2 tu seluar kecik la...

Ruangan dapor pun sangat2 kotor... kat table top tu penuh dengan black spot... jenuh le Mummy nak menyental

Nampak tak dinding dapor yang berlumut2 tu? Geli la pulak menengoknya

Habuk dan kotoran yang menebal melekat kat kitchen hood yang ni


Sayangnya dapor Mummy ni.. berkarat tak terjaga


Singki pun sampai berkulat2...


Maaflah adik2 ye... akak masih mampu beli baju sendiri jadi tak payah la tinggalkan baju banyak2 dalam rumah akan ni.... Antara baju2 yang ditinggalkan di atas ampaian kat toilet master bedroom


Huhuh sayangnya my bath tub.... best ooo panas2 ni berendam dalam bathtub


Study area ... dalam tiap laci tu penuh dengan paper2, sampah2 dan barang2 yang dah tak nak digunakan lagi. Selain tu biskut, milo dan yang sewaktu dengannya pun ada


Living area tingkat atas... sofa bed tu Mummy beli masa emak mula2 duduk dengan Mummy. Bila renovation dah siap baru belikan katil single untuk emak


Mak aiii kat living area tingkat atas boleh ada ampaian baju pulak.... kretip2


Toilet kat bilik Daniel & Danish... keadaan toilet pun sama gak le kotor, berkarat, berlumut dan yang sewaktu dengannya


Untuk makluman ini bukan tempat buang sampah ye tapi balkoni tingkat atas kat bilik Daniel & Danish yang dah dijadikan tempat pembuangan sampah. Sungguh2 pengotor ini olang...

Tu la keadaan rumah masa kami sampai dan tak buat apa2 lagi. Tu kira luaran la sebab dalam2 almari dan laci2 kita orang tak tengok lagi. 

Ok jom lahan pulak apa yang kami dapat sepanjang mengemas seharian ni... Sementara Daddy dan anak2 operasi kat area porch, Mummy menyapu kat dapor.


Pekerja2 'bawah umur' ni sangat2 rajin. Bau asap daun2 dibakar ni terasa cam kat kampung la pulak, bakar daun bawah pokok rambutan.


Rumput carpet kat area ni dah mati dilanyak dengan motor2 dia orang, yang tinggal rumput yang dah meninggi ni.


Cat kat luar dah tanggal.. ni  memang nak repaint semula. Tapi sebelum tu kena la tanggalkan dulu cat2 lama...


Tulisan kat tembok area porch tu Daddy buat masa Mummy pregnantkan si Dania... sebab tu dia tulis DAN je sebab tak tau lagi yang keluar lelaki ke pompuan... bila Mummy dah bersalin tak pulak disambungnya tulisan tu...hehhe


Daddy dan anak2 operasi sapu daun2 kering kat luar dulu


Baru bukak satu pintu kabinet sampah dah banyak ni...


Ni sampah dari semua laci2 tingkat bawah kabinet... kabinet dapor yang tingkat atas tu mummy tak operasi lagi....

Baru half way kemas area dapor ni.. Sampah2 yang banyak cam gambar kat atas tu baru dari kabinet bawah yang belah kira je... kabinet bertutup dan yang  bawah singki tu Mummy tak operasi lagi... kabinet belah atas pun tak lagi...

Pening tengok banyak sangat sampah2 kat dapor kit aorang pegi lunch dulu. Gi makan kat foodcourt Tesco Nilai je. Balik semua solat dan sambung operasi kat tingkat atas la dulu, dengan harapan kat tingkat atas ni kurang sikit kerja.

 
Sampah2 ni hanya dari laci2 kat study area... sampah2 dan buku2 tak guna yang kat rak2 tu tak buang lagi


Budak dua orang ni dah kebosanan... punah harapan dia orang nak terjun dlm swimming pool... sorrylah anak2 ye, next week kita gi berenang ye. Bagi Mummy settledkan hal rumah ni dulu


Nasib baik ada water jet ni so dengan pressure yang tinggi ni tala kat lantai memang boleh tanggal la daki2 kat tile tu.. klu yang degil tu kena gosok ngan berus gak


Ambik masa more than 2 hours untuk operasi toilet master bedroom ni je


Anak dara ni merasmikan bathtub yang dah bersih berseri dan berkilat2 lepas kena sental

Master bedroom dah siap cuci... diulang yer 'cuci' bukan setakat mop je... baru nampak berkilau2 tile tu


Bilik Daniel & Danish .... baru sempat sapu je... x cuci lagi...


Budak yang terlebih kretif... dia orang boring betul bila Daddy kata tak sempat nak gi swimming. Si Danish bawak kerusi dari rumah dan main gelongsor. Lorong depan rumah Mummy ni memang anah dia cam berbukit sikit so di ke hujung lorong dan terus bergerak atas kerusi tu


Dulu Mummy selalu berangan... bila anak2 dah besar nanti bagi dia orang study kat USIM ni je, senang semua ada kat depan mata...dekat pun dekat bole lompat pagar je dari rumah...hehehe


Jangan main api anak2...


Dah bersih dah kat area gate, daun2 kering semua dah dibakar


Xtvt yang paling Danish suka... ni kalau dapat gang dengan si Hafiz anak YB Bukit Mutiara seronok habis dia orang ni


Dalam pukul 7pm kita orang balik ke nilai...bersih dah driveway dan area porch kan

Mummy tak paham le dengan budak2 yang sewa rumah Mummy ni, dia orang selesa ke duduk rumah yang bersepah2. Mungkin dia orang fikir ala bukan rumah aku pun apa aku kisah nak sepah pun sepah le.... Masa dia orang masuk dulu keadaan rumah memang tip top, mummy dah kemas dan m op before dia orang masuk. Sofa, tv, meja makan dapor semua ada. Pinggan2 untuk kegunaan dia orang pun Mummy sediakan tapi dia orang langsung tak reti jaga. Sekarang duit deposit dia orang ada RM800 + RM400 dalam tangan Mummy. Mummy rasa macam nak potong je RM320 sebagai upah kemas dan bersihkan sampah sarah yang dia orang tinggalkan, apa pendapat korang. Ya la klu upah kat mat bangla or indon pun sejam RM10... so kalau sehari 2 org kerja dah RM160... dua hari dan RM320. Tu tak mummy tak tolak untuk singki yang pecah, pintu tandas rosak...

Sabtu or ahad akan datang ni operasi akan disambung semula... nak settledkan b4 posa....

9 comments:

  1. charge je kak gee. trOk sgt dah tu diOrg tggl rumah cenggitu bersepah ghupenye. ktOrg kt sarawak tu rosak sket je mane2 bhgian rumah kne betuLkn dan bayar sendiri.every 2 mOnth dia akan dtg chck rumah.sO, bOleh jeLa kak gee tOlak duit tu. dah kira baik sgt dh kak gee x buat tuntutn gnti rugi bnda2 pecah tercabut yg OberdOs byk tu sume.

    ReplyDelete
  2. Perh..........teruk sgt penyewa rumah ko ni.Jangan pulangkan deposit tu.Suruh salah sorang penyewa tu bc blok ko bio dia tenguk sendiri keadaan sebenar.Nasib rumah aku, ada org tanya2 nak sewa aku tak bagi.

    ReplyDelete
  3. Tu yg aku serik nk sewakan.....penyewa pertama: org tmpatan brkawen ada 2 anak:liat nk bayar sewa,bil api spnjng 1 th duk x prnah bayar,pindah senyap2 sbb x br sewa bln berikutna. Penyewa ke2 org in**n bujang(katanya la)duk ber2 tp jiran2 komplen lbih dr 6 org, br sewa ok tp bil api/air pun x prnah byr, tp keadaan dlm umah ya ampunnnnnnnnnn, abis jahanam umah aku, lbih baik aku ulang alik cam mama janet x yh nk sewa2kan

    ReplyDelete
  4. Salam, potong je Rm400 terus. senang cerita. biar padan muka dia orang tak reti jaga rumah org lain!

    ReplyDelete
  5. Analisis:

    1. Penyewa ini budak2 lelaki
    2. Kena bawak 5 orang Bibik untuk bersihkan
    3. Memakan masa dua minggu untuk Tip Top semula
    4. RM 320 tu memang patut didenda utk mereka.
    5. Lepas ni kena cari penyewa dari kalangan pensyarah pula.

    Sekian, keluarga bersih rakyat sihat.

    ReplyDelete
  6. kalau ikut aku kan..heheh tolak jer semua duit deposit dia tu. kan ke ada perjanjian kena pulangkan rumah dalamkeaqdaan tiptop. kalau penyewa rumah orang lain tukan banyak tul syaratnya...takboleh tebukdinding...jangan paku dinding..nakkelaur kena cat semula dll....somemang berbaloi ler kalau takpulangkan balik deposit tu. suruh bebudak tu tengok blog kau ni...kasi ajar sama itu penyewa.....hehehhe

    tapi kan aku pun kan...ada 2 rumah sewa kekononnya....tapi kan semuanya huhuhuhuhu....menyewakan rumah cam untuk kebajikan ajelah nampaknya. yang sebuah tu kira ok lah..walaupun harga sewa agak murah..yg sebuah lagi...alahai....nasib baik aku ni punya rasa simpati yang melimpah ruah...semoga Allah memberikan keikhlasan dalam jiwaku.....

    ReplyDelete
  7. eiii... teruknyer... sakit hati lak tengok... saya menyokong cadangan anda itu... potong habis jew... ekekeke

    ReplyDelete
  8. Salam Mummy Gee,rumah ni di BB Nilai ka? masih available tak? saya & famili sedang mencari rumah sewa.

    ReplyDelete
  9. as salam sis..takut nyer saya tengok rumah sis bila dah bagi sewa kat studen usim...saya pon ada rumah kat desa anggerik...planning nak bg sewa kat student lah...tapi bila tengok jadi macam ni,adusss takut lah saya..

    ReplyDelete