Monday, July 4, 2011

Kerabu

Ingat tak minggu lepas Mummy ada buat entry tentang Daddy ke pasar dan dibelinya sayaur2 daun yang sangat2 banyak. Kira jemu gak le makan sayur bayam dan sawi putih. So last weekend Mummy perabihkan saki baki sayur2 yang ada. Pucuk manis dan pucuk paku yang Daddy beli tak berusik lagi, Mummy dah siap bersihkan dan siang sayur2 tu dan bungkus dalam kertas surat khabar baru masuk ke dalam peti sejuk, sebab tu dah seminggu pun masih elok lagi daun2 dia.

So Mummy nak transform pucuk manis dan pucuk paku tu jadi transformer kerabu la.
Mummy calling2 Kak Kay tanya dia camana nak buat kerabu ni... dan inilah hasilnya.

Semangkuk besar kerabu... pedas, manis semua cukup...  ratah cam tu je pun sedap

Close-up sikit

So untuk ibu2 yang tak ada idea nak masak apa hari ni, apa kata buat jer kerabu, tak kisah le kerabu apa pun.. tauge, pucuk paku, dll.

So kalau ada yang nak cuba, ni dia resepi campak2 untuk buat kerabu
- cili padi ikut suka (klu tak suka pedas kurangkan la)
- ikan bilis segengam
- bawang putih
- bawang merah
- belacan sikit
- kelapa parut 1/2 biji

Cara2:
1. Tumbuk cili, ikan bilis, bawang putih, bawang merah dan belacan. Ikan bilis tu tumbuk kasar2 je
2. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan2 tumbuk tadi
3. Masukkan kelapa parut
4. Campak garam, gula dan perasa
5. Masukkan pucuk manis or pucuk paku dan goreng hingga masak
6. Dah siap pun...


3 comments:

  1. semlm aku g umah org kawin pun ada kerabu.aku ambik sikit je igt ada cekor.rupa2nya sedap.daun ceylon dia tak dicelor dihiris halus2 ditabur je kat urap.nanti nak buat ler.pucuk ubi banyak

    ReplyDelete
  2. Sedap kan mummy gee kerabu Ke***g tu, dulu masa aku kerja ada sorang kawan aku India le, dia selalu bawak lauk ni, tu yang aku tanya cam ne nak buat..

    ReplyDelete
  3. Lah!.. ...ko ingat x Minachi kawan aku dulu tu, aku biasa wat pucuk manis grg dgn klpa dr dia la, memang sedap n x mudah basi, itu memang stail k****g msk

    ReplyDelete