Wednesday, July 27, 2011

Dinner @ Little White Cafe


Birthday daddy semalam, tak de apa2 acara pun cam biasa cuma bawak anak2 makan kat luar lepas maghrib. Sebelum tu saja je main tiup2 lilin. Anak2 pun yang beria suka nampak cake dan lilin.  So untuk tahun ni dah tak ada lagi birthday or anniversary celebration sebab semua dah celebrate, kena tunggu tahun depan lagi, insyallah.

Kalau ada yang kata, dah tua2 tak payah la nak celebrate2 bday, pada Mummy tak salah kalau kita nak celebrate sebagai tanda ingatan kita ni semakin berusia dan semakin menghampiri ke alam sana. Dan masa ni lah dapat spend masa lebih dengan anak2.

Akibat kesibukkan tahap melampau, kek harijadi Daddy ni tajaan resepi rahsia (baik kan resepi rahsia nak taja... heheh... memang le baik sebab Mummy dah bayar....) Kek ni tercedera dalam perjalanan balik ke rumah. Kereta depan Mummy emergency break so Mummy pun terkasa break gak, akibatnya kek tu jatuh dari seat belakang ke tempat kaki, nasib baik jatuh elok2 je tak tergolek.


TQ for being good hubby & daddy to us...


Apalah kecik sangat gambar dia orang amik ni....

Along tu menjerit ke apa?


Anak2 dah tak sabar nak ngap kek tu...


Sayangggggggg Daddy


Daddy & kids

Lepas tiup2 lilin kami gi dinner kat luar. Anak2 tak ada tempat lain, masing2 nak ke Ice Room je, tapi Mummy sudah tukar tempat ...kali ni cuma makan kat Little White Cafe. Area berdekatan dengan IceRoom gak.

Entrance ke Little White Cafe


Pandangan kat satu sudut


Putih dan hijau lumut memang gabungan warna yang sangat2 cantik...


Warna putih mendominasi ruang luar dan dalam cafe ni

Anak2 tak reti duduk diam sementara nak tunggu food sampai

Persekitaran yang selesa dan sangat bersih2... buat la cam kat rumah sendiri je 


Danish yang dalam mood nak berposing


Daddy & Dania... anak dara baju merah tu menyibuk je tiap kali Mummy nak amik gambar Daddy

Ultraman Cosmos yang tak reti duduk diam


Ok anak2 makanan dah sampai ni.. mai sini elok2. Jom layan apa kita orang makan kat sini.


Chicken brest grilled untuk Mummy


Rib eye steak untuk Daddy ... ciput je daging nye...hehehe


Onion soup untuk Daddy


Chicken meatball untuk Daniel & Chicken spaghetti untuk Dania & Danish

Baked potato +  salad 

Apple juice untuk Mummy dan anak2... Daddy minum fresh orange

Sedap ke Dania?


Me & my hero...

Lepas makan2 lepak2 kat luar cafe sekejap sambil snap2....


Kat pintu masuk cafe ni dia susun bangku2 putih... cantik betul la...


Malam yang indah....




Cantik kan entrance ke cafe ni... english deko luar dan dalam... tetiba rasa nak mengecat rumah sekarang gak...hehehe


Mana yag cantik deko cafe ni ke sibaju merah? heheh






Finally, ni je small gift dan birthday card dari Mummy & anak2 untuk Daddy...

Comment Mummy pasal cafe ni... utk markah penuh terbaik 5 bintang, Mummy bagi
- environment & deko  - 4.5*
- keluasan - 3*
- menu variety - 2*
- harga - 2*

2 comments: