Monday, July 11, 2011

Selepas seminggu...


Selepas seminggu duduk di Taska nampaknya anak2 Mummy tak dapat sesuaikan diri lagi. Teacher kat SmartReade bagitau Mummy, tiap pagi Dania memang happy kat sekolah tapi bila dha pukul 10am lebih dia dah start muram dan menganggis. Cuma style dia menangis ni tak berbunyi tapi air mata je yang mengalir. Bila Dafiy nampak Dania menanggis dia pun ikut menanggis juga. 

Pagi tadi Aunty Selvi yang bawak van dia org cerita masa hari Jumaat tu Dania tak nak turun van kat Taska, dia suruh Aunty Selvi hantar ke rumah. Nak duduk berdua dengan Dafiy je. Dia kata dia boleh buat susu utk Dafiy. Camanalah nak buat dia orang ni biasa kat taska tu yer. Tiap2 hari si Dania tanya bilik bibik nak balik. Bila Mummy kata bibik dah tak balik lagi dia sibuk suruh cari bibik baru pulak. Sabar la nak oooi.. nanti lepas raya Mummy cari la bibik lain.

No comments:

Post a Comment