Friday, July 15, 2011

Chocolate Bottom Banana Square

Multitasking mummy... malam tadi sambil bersilat dan berkungfu dengan urusan rumah dan anak2 mummy sempat membaking.... bukan ambik masa lama pun, penyediaan 20 minit pas tu campak dlm oven. 45 minit masa menunggu tu sempat le iron baju, kemas beg untuk bawak gi taska dan transit.


Korang agak mummy baking  apa? Nama glamour kek Mummy buat ni Chocolate Bottom Banana Square atau nama tak berapa nak glamour dia Coklat Bawah Pisang Empatsegi... hihihi



Tak menyabar2 nak tunggu cake sejuk terus potong tu yang tak smooth potongan.... Apa rasa cake ni? Combination rasa pisang, chocolate dan juga nutty (mummy taburkan almond nib). Sangat moist dan lembab...

Pisang berangan ada lagi dalam 20 biji ni kat rumah, dan ni bukan berangan yang kecik2 tpai saiz XXL punye. Esok nak buat muffin pulak la dan bagi pada jiran2 esp jiran yang bagi Mummy setandang pisang berangan ni....

No comments:

Post a Comment