Monday, July 18, 2011

Operasi BERSIH Lagi...


Hari Isnin dah hari ni ye. Cepat betul masa berlalu cam tak terasa 2 hari weekend.Hari Sabtu tu Mummy sambung operasi BERSIH cuci kain 4 mesin, cuaca pun suam2 kuku je... dan kain tak kering gerimis mengundang la pulak. Jenuh le mengangkat kain2 kat jemuran. Nasib baik kat balkoni tu boleh gantung kain baju yang tak kering lagi.

Tak sempat nak pi pasar so malam minggu tu Mummy beli lauk pauk dan sayur2 kat pasar malam je. Sementara Mummy beli barang kat pasar Malam, Daddy bawak Danny ke Pusat Rawatan Az-Zahra.

Malam minggu bawak si Danny ke Az-Zahrah pulak, dia rasa sakit bila buang air kecil.

Muka yang seram2 sejuk nak jumpa doktor...

Pagi minggu operasi mop lantai dan cuci cadar2, selimut2 dan towel. Lega sangat sebab cuaca panas sampai ke petang. Kain baju pun bau wanggi je. Lenguh gak le pinggang melipat dan iron baju. Ni pun tak habis iron lagi. Sambung malam ni la.

Mummy bersilat dalam rumah Daddy operasi BERSIH kat luar... bukan setakat operasi keliling rumah tapi operasi bersih anak2 sekali. Potong rambut 3 anak bujang Mummy tu pas tu operasi bersihkan badan dia orang...

Ada harapan Mummy kena beli besen baru ni... tension je sebab rambut dah dipotong pendek ngan Daddy

Operasi gosok gigi rimau...

2 comments:

  1. agaknya start ari isnin hingga jumaat dia org tu mandi p ramli je.

    ReplyDelete
  2. Ha mandi p.ramlee oooo camtu ya, klu mandi saloma lak camna!

    ReplyDelete