Wednesday, January 25, 2012

Cuti-cuti CNY - Episod XTVT Wajib

Mummy selongkar almari lama. Cawan2 dan mangkuk retro berusia lebih dari 35tahun. Ni kak long punye... tapi Mummy dah dapat green light untuk jadikan hak milik. Korang yang lain jangan jeles yer....

Bila si Som dah buat OPS Bersih memang benda2 yang dia rasa tak berguna akan dinyahkan. Yang kat atas tu baju nikah Mama Miraki. Upah jahit je RM300++ tu... Tapi nak buat camana kat bahagian bawah, lengan dan leher semua dah digigit oleh mak menti...kus

Yang ni pulak baju abah... kalau tak silap Abang Long yang  bagi kat abah

Nangka yang sangat2 manis Mummy beli kat pasar. Sekilo RM5

Anak2 dan games tak dapat dipisahkan... sambil main sambil makan pulak tu...

Walaupun cuaca kat kampung agak mondom tapi daddy dan anak2 saudara Mummy tetap buat xtvt bakar2 sampah keliling rumah, bagi kawasan keliling rumah bersih

Lebat betul buah kelapa ni. Mummy suruh Daddy kait buah kelapa tu tapi galah penyabit tu ntah kat mana (ada orang curi ke?). Last balik masa krismas tu Mummy letakkan galah penyabit tu kat bawah rumah. Mama Janet mintak Sarjan Misai siasat kes kehilangan galah penyabit ni ye

Kuali yang selalu abah guna untuk kacau dodol... berat dan tebal nak mamp*s....

Almari antik.... kalau Mummy ada pocket Doremon dah lama almari ni Mummy masukkan dalam poket dan bawak balik bangi. Pas tu sental ngan kertas pasir dan cat atau sapu ngan varnis  je


1 comment:

  1. cecuba terbalikkan kuali dodol tu.mungkin ada sesuatu yg tersembunyi di bawahnya

    ReplyDelete