Saturday, January 21, 2012

Menu yang sempoi

Selamat bercuti panjang pada semua....mungkin ramai yang dah selamat balik kampung. Insyallah esok pun Mummy akan balik ke kampung halaman Mummy di Paris (dibaca Parit Sulong)... kalau ikutkan hati nak je balik kampung malam tadi tapi sebab ada hal sikit tu yag esok baru balik, tak kisah lah yang penting dapat balik ke kampung halaman Mummy... tak sabar2 ni...oklah uols layan jelah dulu sementara Mummy nak buat kek kejap utk bawak blk kampung... ada permintaan la pulak dari kekanda2 Mummy ni...


Lunch hari ini

Ayam goreng rempah... anak2 memang tak jemu2 makan ayam ni... lama2 berkokok nanti

Ikan talang masin ngan nenas masak pedas2 bubuh santan....

My favourite.... sup telor + soon +tauhu kering + kentang + tomato ... makan panas2 sedapppppppp. Sup kat atas tu dah selamat masuk dalam perut Mummy

1 comment:

  1. aku pun suka wat sup cam tu klu dh tak tau nk msk apa, sedap panas2...

    ReplyDelete