Tuesday, January 17, 2012

Pembantuku dari Kemboja

N3 ni sepatutnya Mummy nak publish semalam, tapi dah busy terperuk la dalam draft mode dulu. Semalam 1st time mummy tinggalkan maid baru kat rumah dengan Dafiy je. Memang rasa risau gak la, masa Mummy & Daddy keluar gi office si Dafiy tak bangun lagi. Takut pulak bila bangun dari tidur nampak mummy Daddy tak ada kat rumah dia menanggis. Lagipun dia tak biasa lagi dengan maid baru ni.

Pukul 9am Mummy call ke rumah, Dafiy yang angkat. Alhamdulillah dia tak menanggis pun dan bibik dah mandikan. Tak tau la camana bibik dan Dafiy berkomunikasi. 

Bibik ... gambar terkini pagi tadi

Cap bapak dan anak

Hari ni pakai santai2 je ke opis sebab tak de nak keluar jumpa customer pun...hihih

Tak kisah pun kena tinggal janji iPAD tu ada

Tugasan pertama Mummy bagi kat dia... iron baju.

Close-up sikit ... 
Demi meninggalkan suami dan 5 anak (paling kecil 1 tahun ++) di Cambodia

Ni je sebuah beg kecil yang maid Mummy , si Man Yan bawak. Ada lah 1-2 pasang baju yang dia bawak. 

2 orang ustaz yang tolong dapatkan maid untuk Mummy. Dia orang ni dari Cambodia tapi mengaji pondok di Kelantan. 2-3 bulan sekali dia orang akan datang ke surau dekat perumahan Mummy ni. Bila bulan puasa dia orang kerap jadi imam jemputan. Adik yang sebelah kanan tu di'sponsor'oleh jemaah sebuah surau di Shah Alam untuk belajar di sekolah Tahfiz di Shah Alam. Mummy suka tengok muka budak tu bersih dan tenang je.

So far so good, Mummy tak de la expect dia buat semua benda kat rumah ni, dah nama pun 'pembantu rumah' so tugas dia cuma bantu2 kita sebagai majikan ni. Jangan serah semua pada pembantu rumah. Sebulan dua ni nak atasi dulu masalah komunikasi.  Tak perlulah Mummy bersilat buat segala sign language dan tunjuk gambar nak bagi dia faham....hihih



4 comments:

  1. Baiknya maid Mummy ni... kat rumah pun bertudung. Moga orgnya pun jujur, amanah.

    ReplyDelete
  2. ckp n dia gosok baju jgn sambil duduk.lambat gitu..

    ReplyDelete
  3. tak kira dalam rumah ke luar rumah, masih aurat. bab2 aurt ni mama respecr lahngan maid mama sebelum ni, si MIAH tu...setiap hari kat rumah dia akan berbaju kurung atau berbaju lengan panjang dan bertudung sepanjang masa ada orang lelaki kat rumah. dia memang jaga aurat dia.

    ReplyDelete
  4. MMirror - harap2 begitulah

    Mama Janet - kalau gosok sehelai dua boleh lah berdiri kalau gosok banyak penat la woi.. alah lagipun bukan banyak kerja lain dia nak kena buat lambat2 sikit gosok bau pun tak pe

    ReplyDelete