Wednesday, January 25, 2012

Cuti-cuti CNY - Episod Rendam2

Weekend yang panjang...4 days in a row emak bapak cuti dan anak2 pulak seminggu cuti. Jalan raya mesti sesak sebab masing2 panjang tangan langkah. Ramai yang pergi cuti2 Malaysia. Uols gi ke mana? Mummy and family balik ke kampung Mummy nun di Paris Parit Sulong. Kalau ikutkan hait mau Mummy balik malam Sabtu tu tapi disebabkan hari Sabtu ada mesyuarat PIBG dan malam minggu ada street party, pagi Ahad baru kami balik ke kampung.


Sebelum balik posing dulu depan rumah...


Drive elok2 ye Daddy


First time bibik nak balik kampung Mummy ni, harap2 dia tak muntah dijalananlah...hihih


Biasalah balik kampung rumah pusaka, cam biasa bantal, selimut dan toto  wajib bawak.

Untuk kudap2an kat kampung... choc cuppies, kek pelangi petang dan bingka labu...

Mummy tak terus balik ke kampung tapi Mummy bawak anak2 pergi berendam2 kat Wet World BP. Sampai ke Wet World dalam pukul 12.30 pm. Mama Janet dari awal pagi dah ada kat situ dari pagi.

Entrance ke Wet World... gambar dari Alltravel. Masa Mummy sampai orang sangat2 ramai, parking kereta pun agak jauh sikit adari entrance.

Cuaca panas dan cerah


Entrance fee RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak2...


Pelampung double ni RM14 (RM7 deposit + RM7 rental). Orang ramai so nak kena tunggu nak sewa pelampung ni

Mama Janet dah sampai awal, sebelum Wet World bukak lagi...hihihi. Rugi je bayar dia tak mandi pun... jadi penunggu beg je

Cuaca sangat2 panas so Mummy pun cam belah bagi gak la nak mandi ke tak.... hihi


Tapi bila dah tengok kolam berombak tu...hati tak tahan pulak... so tukar uniform gak le...

Kolam berombak... tapi ombak dia tak kuat la....


Dafiy takut2 berani


Puteri duyung???


Dah mengiggil kesejukkan tapi ada hati nak tunjuk peace lagi..


Gembira melihat anak2 gembira... walaupun bawak dia orang tempat dekat2 je...

Anak buah Mummy si Harith . Actually ada lagi 3 orang anak buah Mummy yang join gi Wet World tapi tak sempat nam ambik gambar dia orang pun

Sampai pukul 3.30pm we all berendam.... punya la susah nak suruh anak2 ni naik dari kolam....walaupun masing2 dah kebulur kelaparan api mandi lagi seronok...

bersambung....

1 comment:

  1. hi..mana pulak bawak anak g mandi dekat2 tu mummy..jauh tu,Dari Bangi ke BEE PEE

    ReplyDelete