Friday, January 6, 2012

Cepat betul masa berlalu

Masa sungguh cepat berlalu (bagi yang sebok) tapi sangat perlahan (bagi yang menunggu)... Mummy tak tau la masuk dalam kategori mana.. tapi Mummy rasa cepat betul anak2 ni membesar. Daniel tahun ni dah masuk darjah 4, Danish darjah  2 dan anak dara Mummy si Dania dah masuk darjah 1. Si Dafiy pun dah masuk 4 tahun. Tapi Mummy belum Daftarkan lagi dia kat mana2 tadika lagi. Tahun lepas dia ke SmartReader sebab Dania ada, tahun ni x tau lagi. Tunggu dulu maid baru sampai (insyallah minggu depan) baru fikir nak hantar Dafiy tadika ke tidak. Hujung tahun tu dah bayar deposit kat SmartReader tapi bila dah cuti lama ni cam tak de mood lagi si Dafiy nak sekolah.


Debab2 pun encem gak... dah anak sendiri mestilah Mummy dia kena puji kan....


Ada kata muka si Danny ni dah macam Mahadir Lokman junior ....


Sama tinggi dah si Dania & Danny

Macho ke hancur!!! Danish ni tak suka bergambar tapi bila mood posing dia datang memang kalah model2 seMalaya. hahahah


Terserlah 'keboncitan' perut si Dania....hahhaha. Dah sekolah ni kurang le sikit minum susu botol...

Dah nak sama besar dengan Mummy je kan

Danish & Dania sama sesi, pagi sekolah agama dan petang sekolah kebangsaan. Pagi Daddy hantar, balik sekolah agama van ambik. Pergi sekolah kebangsaan pun naik van gak, balik sekolah kebangsaan Mummy ambik or kalau Mummy lambat dia orang jalan kaki je. Ramai bibik2 kat perumahan Mummy bila petang jalan kaki ambik anak majikan masing2.




Tahun ni Danny dah bertukar sesi persekolahan. Sebelah pagi sekolah kebangsaan dan sebelah petang sekolah agama. Pagi selalunya Daddy hantar or dia jalan ngan kawan baik dia. Tengahari balik pun jalan kaki je. Ke sekolah agama dia naik basikal.

Kerusi yang kecil ke Dania yang over size?

Nama saya Dania Batrisya Radzuan... saya tinggal di...bla bla.. sesi memperkenalkan diri



1 comment: