Wednesday, January 25, 2012

KALAU....

Dalam hidup ni adakalanya kita kena berterus-terangkan, kalau diam je takut orang tak tau pulak. So anggapan tunduk tanda setuju tu dah tak boleh guna pakai pada zaman angry bird ni lagi. Mungkin pompuan dulu2 tunduk je bila ditanya setuju ke tak nak dikahwinkan sebab bapaknya garam mengalahkan singa kut...hihi

Lusa (Jumaat) birthday Mummy, so kalau korang pening kepala tak tau nak bagi hadiah apa kat Mummy, ni Mummy bagi idea kat korang....kikiki....

Mummy ni bukan orang gadget tapi KALAU rasa2 nak belikan Mummy notebook bolehlah belikan Macbook Pro untuk gantikan notebook Lenovo yang dah tenat. Tak dapat MacBook Pro dapat MacBook Air pun ok gak. Boss notebook i dah nazak belikanlah Macbook seketul...(macam la boss Mummy tau kewujudan blog ni...hihihi)


KALAU ada ura2 nak belikan Mummy iPad tak payah la. Belikan je Samsung galaxy tab untuk gantikan iPad yang Daddy belikan untuk Mummy tapi  jadi hak milik Dafiy....huhuhu

Nak jadi blogger mestilah kena ada camera. Camera Nikon Coolpix S3100 Mummy kan dan jatuh terhempas ke batu di Sg Congkak gara2 nak ambik gambar ala2 poster Ombak Rindu dengan Mama Miraki. So KALAU nak bagi kamera belikan je model Samsung SH100 , tak payahlah belikan camera DSLR dengan lens yang panjang cam belalai gajah tu

Mummy suka masak dan baking2 kan, so KALAU nak bagi mixer dan steamer cam kat atas tu ok gak. Pastikan MIXER KitchenAid tu warna merah tau...

KALAU nak bagi pinggan mangkuk pulak bagi corak yang kat atas tu.... Corelle@Prettypink or Coreller@Leave... make sure yang square yer, tak nak round!

Tapikan KALAU korang bagi yang kat atas ni lagi meletopsssss. Mummy kan suka collect pinggan mangkuk lama ni. Gambar dari blog antik Cikgu CT

Mummy ni memang 'hantu' coklat dan coklat Ferrero Raffaello ni memang sangat2 Mummy suka - kalau uols rasa mesti tak cukup sebiji. 

KALAU tak jumpa dengan coklat Ferrero Raffaello , belikan Mummy coklat Almond Gold Whittaker's pun ok dah....sedappppp almond dipanggang rangup dan disalut ngan choc yang nyum nyum nyummmmm... sekali rasa pasti naklagi...

KALAU nak belanja cake, belikan je choc moist cake dengan topping choc ganache yang melimpah ruah.... Mummy tak suka cheese cake, tiramisu or red velvet.

KALAU nak belikan tudung, belikan saiz M ye...




KALAU nak belikan perfume belikan yang cam kat atas tu yer.

KALAU nak belanja Mummy makan tak payah la makan western ke Chinese food. Belanja je makan ayam penyet kat Wong Solo

N3 melalut ditengah malam....hihihi... good nite semua. Mummy nak mimpikan lah benda2 kat atas tu...Assalammualaikum

7 comments:

  1. Happy birthday to you Mummy... nak jd org first ucapkan sebelum Daddy ucap. Kih3...

    Hopefully semua wishlist yg Mummy dah sebutkan tu.. menjadi kenyataan. Nt dah dpt jgn lupa upload ye.

    ReplyDelete
  2. alamak..kedai apek kt MUO tu tutup lg pulak sbb raya cina.ingat nak hadiah pinggan kangkong...kuang..kuang..kuang.apa2 pun epi besday tuk ko

    ReplyDelete
  3. MMirror : TQ. U jadi orang ke 2 la MM...my BFF dah wish 2 days ago...hihihi

    YWKL : hadiah jangan lupa pos

    MJanet - esok kedai apek dah bukak la.. ko terjah la

    ReplyDelete
  4. Ipad ko tak nak...aku bagi Pad ajelah...boleh tak

    ReplyDelete
  5. epi besday....aku tak nak bagi hadiah2 cam kat atas tu, aku nak bagi teket melancung ke Paris nak ke....

    ReplyDelete