Wednesday, January 4, 2012

Tahun Baru di Thames River

Assalammualaikum, dan selamat tahun baru (dah lewat sikit) untuk semua yang sudi bertandang ke blog Mummy ni. Semoga tahun 2011 ni lebih baik dari tahun2 sebelum ini. Hujung dan awal tahun ramai yang menghabiskan saki baki cuti dan pergi holiday. Mummy pun pergi holiday gak...holiday beramai2 dengan suku sakat Mummy la. Yang join trip kali ni family Mama Miraki, Kak Kay dan Datin S. Kalau xtvt kat zon tengah memang ni muka2 wajib la.

Hajat hati nak sambut tahun baru kat Thames River London... tapi tertinggal flight la pulak...huhuh


Sebagai ganti Mummy pegi gak ke Thames River tapi kat cawangan Sg Congkak je hehehhe

Ko ada pegi mandi sungai siap berbaju kurung lagi? Dengan tudung yang masih bau kedai lagi? Hihii... actuallykan sebelum ke Sg Congkak ni  Mummy pergi kenduri kahwin dulu, malas nak balik rumah dulu tukar baju....


Anak2 sampai2 je terus terjun sungai... dia orang jeles sebab sepupu-sepapat dah lama berendam...time Mummy sampai  tu dah gerismis sikit2


Kita orang sewa chalet je...ambik 3 biji... chalet ni tak de katil pun. Sesuai la nak bagi pengalaman kat anak2 tidur atas tikar je. (atas toto sebenarnya). Tak perlu pasang aircond sebab bila malam sangat2 sejuk, tidur sambil dengan bunyi air sungai yang mengalir laju. Bunyi air sungai macam bunyi hujan lebat je.







Makanan dan family Mummy memang tak boleh dipisahkan dengan makanan, so walau di mana berada menu makanan tetap mantap...yang penting perut suami kena penuh berisi...

Ok, Mummy dah tukar uniform... jom terjun....


Post syok sendiri sebelum terjun ke sungai...mana ada terjun, mandi sopan2 je... kalau terjun ke sungai tu mau pecah kepala terhempat ke batu2 besar tu

Amir kena buli

Istana pasir yang asyik roboh je

Lepas berendam lapar...naik kejap makan la...masing2 beratur tunggu Daddy suap makanan

Budak2 dan emak budak sama je bila dah jumpa air

Mengapa kekandaku bermuram durja? 

Aktiviti membina benteng...

Tengok gambar ni sambil berangan2... bukan berangankan putera raja... tapi....

berangan2 nak beli tanah tepi sungai pas tu buat rumah hujung minggu cam kat atas tu... hihihi angan2 mat jenin betul la Mummy ni

Black Team

Berat betul la kakak ni, Dafiy tak larat nak tarik la

Suka betul budak2ni dapat main pasir dan berendam

Bila sejuk naik atas sekejap pas tu masuk semula ke sungai

Milik siapakah gadis ini... wajah lembut 

Sejuk ni...

Adam Danish yang cikiding 

Dia orang dera Mummy basuh pinggan tau... huhuh 

Xtvt wajib gak... bukak salon untuk shampoo rambut...

Pesen jin mata toncet

Syok sendiri lagi...


Gara2 posing untuk poster ala2 Ombak Rindu ni camera comel Mummy jatuh terhempas ke batu....huhuhu.... camera ku dah cacat lens dia tersangkut2 dan skrin display dah retak... harap2 adalah bonus tahun ni....hihi

Malam2 kami buat BBQ sambil anak2 sambung semula mandi sungai. 50 batang sosej, 3.5 ekor ayam, 2kg udang, 20 tongkol jagung semua selamat masuk ke perut kami

Air sungaimengalir lesu

Kak Kak dah tukar uniform tidur

2 anak dara Datin S... Eija & Erra

Ayu la sangat ... menantu Datin S

Nak peace gak la

Wa cucu nenek pun nak mandi ya

Lepas maghrib anak2 sambung berendam kat sungai sampai la pukul 10.30 malam

Persembahan gitar kapak dari Emi Tom

Korang agak2 apa yang budak2 ni buat

Ni la project budak2 ni.. bakar roti lilit... kenapa panggil roti lilit? Adunan tepong yang dah diuli tu diliitkan kat batang kayu kemudian dibakar kat unggun api. Dah macam program survival la pulak...


Tengah malam 7 bungkus mee segera pun selamat di ngapppp... sejuk2 ni masing2 lapar je. Masing2 bawak dapor laptop so senang nak masak

Malam tu pukul 1 lebih kut Mummy masuk tidur, Daddy dan ipar2 Mummy yang lain bergebang taktau la sampai pukul berapa. Malam sangat2 sejuk, nasib baik Mummy memang bawak selimut extra dan jacket. Memang lena la tidur sebab didodoikan oleh bunyi air sungai yang mengalir, ingatkan bunyi hujan.

Pukul 6.45am baru terjaga. Orang lain dah ada yang bangun rupanya. 

Sebiji cempedak besar seberat 5kg jadi juadah sarapan pagi... memang berbaloi2 beli la.. 

Nasi goreng campur...campur dengan segala lauk pauk yang berbaki...hihih

Kuih bom Mama Miraki

Mari2 cempedak panas2...5 biji RM2

Walaupun bercuti tugas memasak tetap kami laksanakan... kan Mama Miraki kan...

Lepas breakfast xtvt mandi2 lagi... Mummy tak ambik gambar lagi sebab bateri kamera dah kong.... korang tengook kat blog Mama Miraki je la ye.


3 comments:

  1. mama miraki n kueh "BOM" x dapat dipisahkan...walau dimana berada

    ReplyDelete
  2. sebab MMiraki pun comel cam kuih bom gak...lagi satu ayam BBQ n blacak peper sos pun tak boleh dipisahkan dr dia..dari dulu kini dan selamanya tugas memerap ayamn buat sos disandang oleh MMiraki...hehehehe

    ReplyDelete
  3. dan tugas buat air disandang oleh kak kay.....
    bukan sejenis air je tau, 3 jenis air, hotel 5star pun kalah...

    ReplyDelete