Balik kampung kali ni terasa macam nak sambut raya puasa la pulak, kebetulan hampir kesemua ahli keluarga terdekat Mummy balik kecuali 2 orang anak saudara dan seorang cucu saudara je yang tak dapat balik. So uols tahulah bila dah ramai2 kat kampung ni aktiviti utama adalah masak makan masak makan je....hehee
Suasana damai di kampung Mummy
Anak2 saudara Mummy yang dah besar panjang 'dapat tender' goreng ayam berempah kat luar rumah.... bakal masterchef ni semua...
Yang tak tolong masak tolong ambik kelapa muda pulak.. apa yang penting???Kerjasama!
Balik kali ni Daddy banyak buat xtvt outdoor dengan ipar duai Mummy yang lain
Menu tengahari Sabtu.... asam pedas ikan tenggiri, kerabu pucuk paku + tauge, ayam goreng rempah, ikan pari bakar sambal, hati ayam goreng kicap dan sup ayam
Cam biasa kesesakan berlaku di meja makan
Bismillah....
Acara makan beradap berselerak... Bila dah ramai2 macam ni kerusi meja memang tak cukup so buat hidangan secara buffet dan masing2 cari pot untuk duduk makan
Lepas lunch lepak2 kejap dah sibuk buat menu untuk minum petang pulak... ish ish ish....asyik makan jer la
sembang santai sambil minum petang
bersambung lagi yer.... nak pi cuci kain baju dulu....
2 comments:
ceria sungguh waris2 Hj Omar...bersyukur kerana arwah meninggalkan sebuah rumah utk kita semua berkumpul walaupun sesekali.
pendekata sapa join family kita orang ni memang kena maaaaaaakan je, tak sempat nak lapar2 la...
Post a Comment