Wednesday, December 28, 2011

4D3N : Homestay Hj Omar (Part 11)

Sudah Part 11... Perjalanan dari kampung agak membosankan. Biasalah bila lepas kumpul ramai2 ni cam rasa sedih je bila nak balik rumah sendiri. Rasa sunyi je. Anak2 masuk kereta je terus  zzzzz.

Sunset di Sg Muar

Mama Miraki calling2 ajak singgah ke rumah Mama Janet untuk solat Jumaat. Mummy ok je. Sebelum tu singgah ke Restoran Murtabak Spore... alahai lupa la nak call booking dulu, terpaksalah ambik  no menunggu. Tuan kedai kata paling cepat 30 minit...huhu. Mummy pegi ke rumah Mama Janet dulu dan tinggalkan Mama Miraki tunggu kat kedai.


Transit sekejap di Pt Bunga rumah Mama Janet untuk solat Maghrib


Masa kami sampai tuan rumah tengah solat.. tu nampak kat tingap!


Mood berposing dia baik


Mummy makan sikit je...mummy kan tak makan sangat.... hahhaha. Ayat 'tak makan sangat' adalah 3 perkataan yang Mummy dan suku-sakat Mummy paling menyampah dengar...


Sekeping RM10... habis licin....


Bujang kecik Mummy


Sempat layan FB dan games lagi


Kalau dah sembang2 cam ni tak tau la bila nak sambung perjalanan ke KL pulak


Cuba teka siapa saya?

Habus Buletin Utam kul 9am baru Mummy dan Mama Miraki bergerak ke sarang masing2. Mummy selamat sampai ke Bangi dalam pukul 10.30pm. Anak2 semua dah tertidur dalam kereta, masuk rumah masiang2 terus sambung tidur. Sampai tengah malam gak le Mummy mengemas barang2. Ole2 kat bawah ni semua mummy beli dari IKS Simpang Renggam. 


Belinja flakes... raya tahun depan boleh buat sendiri. Senang je... macam buat cornflakes madu cuma gantikan cornflakes dengan emping je... 


Dodol durian ni RM7 je...sedapppp


Kerepek pisang ni pun sedap sebab pisang dia dah nak masak so terasa manis2 sikit


Kuih kapit dan gulung...tak tau sedap ke tak sebab belum makan lagi 


Keropok kacang dal... yang ni anak2 suka


Maruku ni 3pkt/RM10... sangat2 sedap...rasa macam keropok lekor tapi versi rangup... Makan dalam kereta je dah habis.


Kuih derama a.k.a telinga keli*g


Kuih tart nenas debab ni sangat2 sedap.. pastri yang rapuh dengan jam nenas yang masam2 manis memang makan sebiji tak kan cukup...highly recommended..

Panjang betul n3 kali ni kan... tak pe janji suku sakat Mummy suka.... rasa2 cam ada sambungan lagi ni....kikiki

3 comments:

  1. ko ni kan ajaran sesat ke apa...ada ke petang2 aku ajak gi "Solat Jumaat"

    ReplyDelete
  2. gee cuba ko perati betul2 gambo rumah aku yg ko ambik.Tenguk kat bilik paling belakang.gambo aku tgh solat magrib tu..baik aku ckp awal2 drp org kata rumah aku ada hantu.

    ReplyDelete
  3. kalau org silap pandang dia ingat hantu yg kat bilik tu.serammmmmmmmmmmm

    ReplyDelete