Tuesday, December 13, 2011

Sempat membaking!

Dalam kesibukan urusan rumah dan ulang-alik ke hospital mummy sempat membaking 2 kali. Terasa lama dah tak makan kek so buat la sikit.

Carrot walnut kek, saja Mummy bakar dalam cawan2 comel ni. Senang nak makan, lagipun kalau buat guna loyang besar bila potong jadi tak berapa smooth sebab ada walnut


Kek ni selalu orang letak cream cheese topping, tapi Mummy lagi suka makan kek ni tanpa topping.

Semua orang sibuk bercerita tentang filem Ombak Rindu so Mummy pun nak gak la cerita pasal Ombak Rindu tapi yang ni kek Ombak Rindu la... Mummy guna resepi kek butter pelangi petang je, cuma Mummy tambahkan serbuk kok untuk jadikan border ombak tu... kan kan cantik kek Mummy ni berombak2...hihih

Ha kan cam alunan ombak tu....tapi yang ni ombak tsunami la...hahah

1 comment: