Monday, December 5, 2011

Family Gathering @ Kulaidelphia : Part I

Seperti yang dah dirancang petang Sabtu 3rd March 2011 Mummy pergi ke rumah abang Mummy Yin Wong Khoo Lai di Kulaidelphia hehhe. Pagi tu sempat Mummy pergi ke Concert & Graduation Dania & Dafiy (n3 selepas ni).


Habis concert dalam pukul 1.30pm balik ke rumah sekejap dan singgah makan dulu kat Restoran Asam Pedas. Mama Miraki ada calling2 tapi Mummy tak perasan la pulak. Pas tu call dia , rupanya dia sangkut kat hway sebelum Nilai lagi... kenderaan jalan cam semut. Nasib baik la Mummy belum masuk PLUS Hway so ikut jalan dalam nak masuk LEKAS....terus keluar PLUS Hway kat Senawang.


Cuaca pun tak menentu kejap panas terik pas tu hujan lebat pulak.... cam tu la sepanjang jalan.


LEKAS Hway perjalanan lancar

Sepanjang perjalanan bersms dgn Mama Miraki.... dalam pada nak cepat kejarkan majlis khatam quran si Harith terlajak lah pulai exit ke Kulaidelphia...huhuh. Nak buat camana terpaksa la exit tol Senai dan u-turn. Sampai rumah Yin majlis khatam quran dah selesai.

Masa Mummy sampai hujan turun selebat2nya. Masa Mummy sampai kakak Mummy si YB Bukit Mutiara, Mama Janet dan Kak Mah & family dah sampai. Tak lama lepas Mummy sampai Kak Long & family pun sampai.


 
Kak Long dan anak menantu

Sampai2 je tuan rumah suruh makan/minum petang dulu. Lagi pun lepas maghrib nanti menu lain pulak  nak dihidang.... layan dulu menu macam2 yang disediakan oleh tuan rumah untuk minum petang.


Pulut kuning dan rendang....pulut dia sangat2 sedap...lembut lemak


Spagetti carbonara berasapppp




Lontong kering dan aksesori


Roti jala kuah kari


Aksesori soto

Gambar syok sendiri dalam hujan lebat


Mama Miraki yang baru sampai terus terjah meja buffet sebelum menu petang ditukar kemenu malam pulak

Masa sampai tu dah nak maghrib so tak banyak le gambar sebelah petang yang Mummy snap. Boleh tengok kat FB mama Janet la.

bersambung...



2 comments:

  1. Bukan Kulaifornia ke Mummy? Hehe...

    Cantik gambar mendung tu.

    ReplyDelete
  2. MMirror - cancel nak ke Kulaifornia we all tukar ke Kulaidelphia....heheh

    ReplyDelete