Thursday, December 15, 2011

Back to school 2012

Mummy baru sempat beli keperluan anak2 sekolah malam semalam. Memang dah plan nak pegi last weekend tapi daddy hospitalised la pulak. Plan nak pegi weekend ni tapi rupa2nya untuk darjah 1 hari sabtu ni kena datang sekolah sebab ada taklimat dan ujian pengesanan...nasib baik jiran Mummy bagitau... tu yang rushing pergi cari baju sekolah untuk Dania dan yang lain. Mummy pegi ke Tesco Saujana Impian je.

Mula2 terjah dulu ke kedai Uncle Professor ni... seluar sekolah Daniel & Danish memang tiap tahun beli jenama Professor sebab kain dia tebal dan tak mudah koyak or tetas, anak2 lelakai ni kan lasak ya amat. Cuma beli seluar dia orang seorang 2 helai dan kemeja Danish sehelai. Kemeja Daniel tak de jual kat sini la pulak, lagipun kemeja jarang pulak koyak so beli brand Canggih je pun dah ok, murah sikit hihihi... setakat 4 helai seluar dan sehelai kemeja pun dah RM297...huhuh. Seluar sehelai dah RM68.90...Mummy punya seluar pun RM50 je tau....

Suka tengok si Dafiy ni ceria...selera makan lepas demam ni pun bertambah, cuma Mummy kena rajin layan dan suap dia makan

Budak ni dah start monyok sebab Mummy tak belikan apa2 untuk dia kat kedai uncle pro ni 

Peaceeeeeeeeeeee

Lepas tu pegi ke Tesco sambung beli baju2 sekolah dan barang2 dapor lagi. 

Inilah rembatan pusingan pertama keperluan sekolah anak2... kasut pun sorang baru beli sepasang je


Tak sabar2 nak ke sekolah..... tinggal beg, kain dan tudung sekolah agama je tak beli lagi. Anak dara kecik Mummy ni pinafore dan baju kurung untuk sekolah kebangsaan. Kenalah belikan dia legging pendek untuk pakai ngan pinafore, nanti melopong la pulak...hihihi

No comments:

Post a Comment