Monday, December 12, 2011

Penghapus dosa2 kecil...

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hari Jumaat lepas Mummy bawak Daddy ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah. Actually dah hampir sebulan ni Daddy demam on & off. Demam 2-3 hari sembuh sekejap lepas tu demam semula. Hari Khamis tu Daddy MC malam tu demam dia panas betul, badan pun rasa sakit dan bisa2. Mummy ajak ke hospital malam tu juga Daddy kata tak larat nak makan ubat je dulu dan pegi pagi esoknya. Pukul 9am dah ke hospital. Hospital ni dekat je dengan rumah Mummy, tak sampai pun 10min drive.

Lepas jumpa GP terus kena buat blood test... orang jarang kena injection memang terasa sakitnya...lepas buat blood test, pegi x-ray... pas tu masuk jumpa GP semula....GP kata kena admitted...

Lepas dr kata admitted ingatkan terus dapat bilik, tapi lama pulak la menunggu GL dari pihak insurance, bila dah tunggu sejam lebih tak dapat2 bilik lagi Mummy pergi ke kaunter kemasukkan, rupanya gl tak dapat lagi. Masa ni daddy dah baring je kat kerusi panjang waiting area. Malas nak tunggu lama Mummy tanya kat kaunter tu berapa deposit nak kena bayar sebelum dapat bilik. Time ni la perlunya credit card ya puan2 & tuan2... swipe je la. Kalau nak bayar cash pun nak kena cari ATM machine lagi...itu kalau ada cash kalau tak de camana?

Nasib baik ada bilik single yang available lagi. Eh, tengok tu doktor yang rawat Daddy nama Dr Khairul.... tapi rasanya anak sedara Mummy si Khairul yang buat medic tu grad pertengahan tahun depan....hihih


Bilik yang agak selesa... tapi walau selesa manapun mesti lagi selesa bilik kat rumah kan...betul tak????

Dalam bilik ada katil pesakit, sofa bed, 2 kerusi, almari baju dan almari untuk barang2 makanan. Selesalah juga untuk Mummy dan anak2 tunggu daddy.


Lepas makan ubat , ngantuk terus zzzzzz


Nasib baik ada free WIFI 


Berselera betul si Daniel makan menu hospital....


Malam pertama Daddy di hospital si Danish dan Dania yang temankan. Malam kedua Mummy bawak toto dan bantal so anak beranak semua tidor kat hospital, dah macam pegi holiday la pulak....

Sepanjang 3 hari kat hospital ni memang masuk air, antibiotik dan buat blood test je la...


Aksi anak2...



Kat hospital ni anak2 asyik lapar je... kejap2 nak makan.... 


Telekong, kain pelikat dan sejadah semua ada disetiap bilik. Sepanjang waktu bacaan Quran berkumandang dari speaker kat setiap bilik. Tiap pagi ada ustaz/ustazah yang akan datang melawat dan membacakan doa bersama2 pesakit.

Jangan pandang belakang..... anak2 layan games... nak bagi anak2 duduk diam Mummy bawak ipad dan notebook, lagipun ada free wifi

Muka tuan tanah mestilah kena tepek


Ni masa mama miraki datang melawat Dah macam kat kampung je...


Mama Miraki & family datang melawat


SIL Kamalia dan si bambam Amir Mirza

Result dari blood test yang dibuat demam dan batuk daddy bukan TB dan juga bukan H1N1. Demam sebab virus je....tapi sebab dah lama sangat so dr bagi antibiotik yang paling kuat punye...


Daddy masa nak balik... nampak susut badan daddy... lepas ni nak kena masak sedap2 biar daddy makan banyak dan naik sikit berat


Luv u 4ever

Alhamdulillah berkat doa semua petang semalam daddy dah discharged. Demam dah tak ada cuma batuk je yang tinggal. Harap tak berulang lagi demam yang berpanjangan ni. Hari Rabu ni daddy kena datang semula ke hospital untuk follow-up. Masa on d way balik rumah Kak Kay called, dia nak ke hospital masa tu daddy dah keluar so dia datang rumah Mummy je.

Esok, Selasa 10am , Mummy akan temankan daddy ke HKL. Daddy ada appointment dengan doktor pakar di HKL. Harap2 semuanya normal dan daddy sihat2 je. Daddy yang nak jumpa doktor Mummy yang rasa berdebar2 je.


4 comments:

  1. dah mcm g bercuti...anak2 nampak selera betul makan2

    ReplyDelete
  2. sama ler....kalau hubby nak jumpa doktor...kita yang tak lena tido dah....cam hari tu masa don nak baut MRI...aku yang tak lalu makan..huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Gambar ke 6 tu aku ingatkan ONE menatap gambo ko tadi..hehehehe

    ReplyDelete
  4. korang ni kat spital wat cam kat rumah je,makan sesedapnya..kan malu kalau doc masuk tengok korang tengah makan cam berkelah....

    ReplyDelete