Wednesday, December 14, 2011

Debaran di HKL

Semalam Mummy cuti sebab temankan daddy ke HKL. Daddy ni kerap sangat sakit kelapa kepala, rasanya dah 2-3 tahun gak kut. Mummy memang risau dah dari dulu suruh daddy pegi buat CT-Scan or Mri, tapi biasa la orang lelaki kan... Tiap kali sakit kepala mesti sibuk cari pain killer, so lama2 jadi habit la pulak, stock pain killer kena sentiasa ada. Dua minggu sudah sakit kepala dia teruk sangat, ditambah dengan demam dan batuk lagi. Dengan bantuan Dr Rahmat (adik ipar Mama Miraki), disetkan appointment untuk jumpa pakar saraf. sebelum tu Dr Rahmat cadangakan ambik refer letter dari klinik kerajaan. Nasib baik jiran Mummy, Dr Farah kerja kat klinik kerajaan so dia tolong sediakan refer.

Dah dalam area HKL pusing2 cari parking pun almost 30 minutes. Mummy masuk dulu sementara daddy cari parking. Nampak je signboard kat atas tu dah start dug dag dug dag.... rasanya semua orang memang fobia bila nak ke hospital kan...kecuali org yang kerja kat hospital la...


Okeky okey tunggu kejap... tengah jalan ni, baru je dapat parking....

Ramai pulak orang kat bahagian saraf ni, satu tempat yang sama ada dua kaunter, Neurologist dan neurosurgeri... Mummy ingat sama je so Mummy bantai je nak daftar kat kaunter neurologist... cek dalam appointment book tak ada pulak nama daddy, so calling2 Mama Miraki... Mummy pegi semula kaunter daftar dan orang tu suruh pergi ke kaunter neurosurgeri... masa nurse nak ambik BP daddy, terserempak pulak dengan Dr Hafiz,husband Dr Farah. Selama ni cuma tau Dr Hafiz ni dr pakar kat HKl tapi tak tau pakar apa la pulak....hihih. 

Dapatkan borang dan terus ke bahagian emergency untuk buat CT-Scan. Suasana kat HKL ni memang agak menyeramkan la, especially kat building yang lama2. Bilik x-ray yang we all pegi ni di belakang bahagian kemalangan dan kecemasan dan kena lalu banyak bilik2 dengan lorong yang agak kecil.  Tengah tunggu giliran daddy untuk masuk ke bilik x-ray terdengar bunyi tong ditolak... kusssssssssssssss semangat... dua lelaki tengah tolak tong keranda ke bahagian emergency lalu tepi mummy. Dalam hati mengucap, mesti ada yang meninggal kemalangan atau sakit tenat kat emergency tu. Rasanya nak cepat2 jer urusan selesai kat sini.


Masa daddy dalam bilik ni Mummy tunggu kat luar je

Masa daddy masuk bilik x-ray Mummy cam takut2 sikit gak la, nasib baik ada cleaner yang tengah menyapu dan kutip sampah. Kushssss semangat terdengar lagi bunyi tong keranda ditolak dari arah bahagian kemalangan dan kecemasan, cuma kali ni bunyi tak berapa bising sebab tong dah berat berisi mayat. Tak sempat Mummy nak tutup mata, tong tu ditolak lalu tepi Mummy. Dalam hati berdoa cepatlah daddy keluar dari bilik x-ray.... 

Ok x-ray CT-SCAN dah dapat, jom jumpa dr semula

Alhamdulillah hasil pemeriksaan dari ct-scan tu Dr Hafiz kata brain daddy semuanya normal, mungkin sakit kepala daddy disebabkan stress atau migrain. Mummy ada survey sikit CT-Scan tu kalau kat swasta cost dalam RM500-RM800. Dan jumpa pakar saraf pun dalam RM500-RM800, so total kalau kat swasta ni sure tak kurang dari RM1000 kena charge ni, tapi kat HKL  ni satu sen pun Mummy tak bayar. So dengan perkhidmatan percuma or bayaran minimum rasanya tak patutlah orang ramai nak komplen lebih2 kalau kena tunggu lama kat hospital gomen...

Balik dari HKL, Mummy terjah pasar Chow Kit, hajat hati nak beli mangga kampung tapi tak ada la pulak. Geram betul kalau ke pasar Chow Kit ni, tengok buah2an semua fresh2 belaka. Harga pun murah2 je. Mummy beli apple & oren besar2 RM1/biji je, buah delima RM10/3 biji, jambu batu tanpa biji RM5/kg, nangka madu Rm5/kg... nampak udang besar pun RM10/kg je...

1 comment:

  1. tak kisah la gomen ke swasta... kalo nama nyer hospital... tetap kena tunggu berjam2 gak... kalo g swasta... paling kejap akak tunggu pun still 3 jam... ;P

    ReplyDelete