Wednesday, December 28, 2011

4D3N : Homestay Hj Omar (Part 9)

Balik dari majlis bertunang tu family Kak Long, Yin, Som, Kak Mah balik ke rumah masing2. Mummy tak ikut highway dan lalu ikut Air Hitam. Hajat hati nak terjah ke Pasar Karat kat Rengit tapi huhuhuh. Singgah je sekejap kat pekan Air Hitam. Sempatlah Mummy beli hasil2 kampung.


Mummy sampai kampung dalam pukul 5.00pm. Ada orang tu kan sampai salah jalan nak balik PS tapi terlajak sampai exit Tol Pagoh....kakakkakaka. Co-pilot tak boleh pakai betul le. Balik sampai rumah je sang suami semua tukar uniform sebab semua nak menguji senjata masing2...ha jangan nak fikir ke lain ye. Petang Sabtu tu dia orang ke PS dan masing2 beli pisau dan parang, so nak test la tajam tak parang pisau tu.


Suka sangat tengok suasana cam ni, dulu masa Mummy duduk kat kampung bila petang ni la xtvt yang dibuat...sapu daun2 rambutan dan bakar....sedap tau bau asap daun2 terbakar ni

Misteri pokok rambutan... dahan dah terpisah tapi hidup lagi... nak suruh Uncleseekers datang la...heheh

Tukar la dulu baju Dania oooi... jenuh Mummy nak menyental baju tu nanti

Nasib baik ayam yang tengah mengeram ni tak 'terbakar'... orang sibuk menyapu daun2 kat bawah pokok rambutan, tapi ayam ni tak sikit pun bergerak


Siti naik kuda...

Kalau kat KL tak de la peluang dia orang nak  pegang parang2 tajam cam ni

Orang sibuk menyapu Mummy jadi mandor je la

Dah nak senja ni...

Operasi buat laluan dari bilik air ke rumah...  so nak gi bilik air yang kat luar tu tak pakai selipar pun tak apa

Hubby siapalah yang rajin sangat ni


Pokok mangga yang menjadi mangsa akibat renovation

Pokok nangka yang sedang berbuah...rezeki siapalah nangka ni nanti ye

Bila umat dah tak berapa ramai ni mood nak masak pun cam down je. Para suami kata makan je kat luar tapi cam malas le pulak... nak bersiap lagi nak menunggu menu sampai lagi....in the end we all masak je sempoi2 saki baki bahan2 yang ada dalam peti sejuk.

Sambal kupang dan ayam goreng rempah

Ulaman2 + budu dan masak lemak cili api labu + pucuk ubi... berlaku pembaziran pada menu kali ni, Mama Miraki telah menggunak 2 biji cili masak untuk buat hiasan bunga ... cili tu dia x nak makan pun..kikkki

Walaupun umat tak berapa cuklup tapi malam tu we all tidur lewat gak... para suami pulak tak tau la pukul berapa dia orang habis sembang.

....tunggu part seterusnya...

4 comments:

  1. pembaziran untuk kecantikkan tak apa kot...hahahhaa....

    ReplyDelete
  2. haha.. hiasan tu penting.. dpt markah lebih tu

    ReplyDelete
  3. pokok nangka yg kt belakang tu selalu berbuah tp lom pernah rasa.Tak silap namgka tu banyak getah dia

    ReplyDelete
  4. mama janet, mana de nangka yang tak bergetah...kalau tak mana timbul peribahasa..orang lain makan nangka orang lain yang kena getahnya.

    ReplyDelete