Wednesday, December 28, 2011

4D3N : Homestay Hj Omar (Part 10)

Wah sudah masuk Part 10... kalah n3 untuk raya tahun ni... Rasa sekejap je kat kampung dah hari Isnin. Pagi tu Mummy dan Mama Miraki pergi cari kuih muih untuk breakfast.


Tauhu + tempe + tauge cicah ngan sambal kicap beli di Gerai Abas ... sambal kicap dia tu dah diubah suai oleh Kak Kay dan Mama Miraki, kalau tak masinnnnnnnnnnnnye ya ampun. Actuallykan dari dulu cam nak bagi tau je kat tokey gerai ni camana nak buat sambal kicap yang sedap tapi cam segannla pulak. Sambal kicap ni nak kena letak bawang putih dan guna je kicap manis kipas udang tu  kompom terangat. Mat Som kalau ngeteh kat kedai Abas nanti paskan tips buat sambal kicap ni pada Abas yer....


Pau yang sangat2 mables dan gebu beli kat gerai tepi jalan Simpang 3... 5 biji RM1...murah sangat2 kan. dan kami beli RM5. Mama Miraki dalam kereta je dah ngap 3 ketul... 


Keladi sarawak @ selatah rebus... keladi ni Mummy beli kat Air Hitam. Agak2 orang Sarawak pernah makankeladi ni tak ye?


Nasi goreng Kak Kay


Yang ni siapa tau apa? Ha ni la ubi kemili a.k.a ubi keling a.k.a Pohon Seratus a.k.a Stemona a.k.a Pecah Kelambu atau nama saitifiknya Stemina tuberosa Lour. Tapi kat kampung Mummy dipanggil kentang j***t je. Memang sedap bila direbus. Rasa dia lemak2 pahit dan ada rasa sikit2 cam buah belinjau (uols tau tak buah belinjau tu apa?). Pi la tanya pakcik google

Lepas breakfast tu kaum ibu buat operasi pembersihan dan mengemas2 la, almaklumlah semua plan nak balik lepas breakfast. Mummy pun plan nak balik awal sebab nak bawak anak2 pusing bandar Melaka.

Daddy dan biras2 rupa2nya menyambung aktiviti menguji senjata masing2. 

Kalau dulu2 ranting kayu tu boleh buat kayu api


Hubby Mama Miraki & hubby Kak Kay...ada projek menebang pokok kelapa rupanya. Ok gak  tu dah lama Mummy tak makan umbut kelapa ni.


Jangan dekat2 anak2...tengok dari jauh ok...


Jangan tak caya, kapak tu hubby Kak Kak bawak dari KL tu... kalau seminggu cuti kat kampung habis pokok2 kelapa ni dikerjakan dia orang


Eleh nak tunjuk kuat la tu


Eleh, tak payah guna kapak, tolak je dah boleh tumbang!!!


Hah kan dah tumbang... turn Abg Wan pulak dapatkan umbut kelapa. Tapi dai orang ni kelakar la...tau tebang pokok kelapa pas tu tanya pulak, umbut tu nak ambik kat belah mana...kakakakak


Ulek mayang ku ulek... ulek dengan jala jemala 

Anak2 yang seronok


Rasanya ini first time dia orang tengok bunga kelapa ni


Yessss akhirnya umbut dah dapat...tapi kan kecikkk je dapatnya. Ya la pokok kelapa tu pun kurus kiding je, umbut dia pun sikit je la. Nak bagi 4 beradik pun tak cukup....hahahha. Sebab umbut ni sikit je so Kak Kay kata kita masak je la untuk lunch...Gulpp.. lunch? Bukan nak balik lepas breakfast ke???


1st time gak Daniel makan umbut mentah... di Daniel ni memang rajin mencuba, kalau Danish memang dia tak makan bila nampak benda yang cam pelik2 sikit (cam Mummy gak le)


Danish dengan 'belolok' kelapa



Terrornya anak2 Mummy tebang pokok


Iki berjaya menumbang sepokok kelapa, nasib baik tak menghempap bilik air tu...kalau tak..huhuhu


Elok2 Daniel, tajam parang tu.


Pengalaman yang susah dirasai oleh anak yang duduk di bandar, kecuali ada lagi kampung halaman atuk dan nenek. Betul2 jadi kampung boy...

Fresh kelapa muda

Time Mummy berkemas2 kain baju dan ambik gambar2 keliling rumah Kak Kay kelentang kelentung sorang2 kat dapor dan hasilnya menu lunch cam kat bawah ni. Simple tpai mantap. 


Umbut kelapa dah ditransform jadi masak lemak putih oleh Kak Kay


Ulaman dan sambal belacan


Ikan goreng dan ayam goreng rempah

So lepas masak tengah operasi kemas dapor lagi sekali... lepas waktu Zohor nak gerak balik ke sarang masing2.

Camana nak balik lepas Zohor ni... masing2 kepenatan lepas tebang pokok kelapa dan bakar sampah keliling rumah.. lepas makan terus zzzzzzzzzzzzzzzzzz..... sungguh style Daddy tidur kan

Susun semua sofa kemas2


Penaja tv plasma/LCD sedang dicari...


Meja ngeteh pun dah lipat...


Toilet dan bilir air pun dah cuci bersih. Mama Kanet,, washingmashine tu pipe dia dah ok, cik abang kita dah betulkan

Nanti bila kabinet dah siap sepenuhnya tak de lagi pinggan bersusun2 kat rak ni... semuanya tersorok dalam kabinet... Penaja untuk kabinet ini telah dikenalpasti...


Penapis air BioAura tajaan cikgu besar Yin Wong Khoo Lai... tima kasih cikgu


Barang2 yang tak tahan lama dah dibuang dari peti sejuk ni. Tinggalkan barang2 yang lambat lagi nak expired.


Wahhhhh tapak BBQ.... microwave kat luar rumah tu... kat kampung ko ada?


Keropok lekor untuk hidangan minum petang... cam kelakar je kan daripada nak balik lepas breakfast akhirnya lepas minum petang pun belum bertolak lagi....


Jomlah mana 'ceper' dulu

Alamak dah nak balik pun asah parang lagi ke... kalau ada road block kat tengah jalan habis la we all. Dalam kereta ada 2 bilah parang yang sangat2 tajam.

Pandangan sisi rumah pusaka yang dah direnovate. Kami saja tinggalkan bahagian depan seperti sediakala sebab nostalgia zaman emak dan abah masih ada.


Rumah yang 3-4 hari riuh rendah menunggu masa untuk sepi semula...


Luaskan laman rumah Mummy... boleh buat swimming pool dan padang futsal lagi




Bonet kereta Mummy yang sendat ... macam2 ada...


Ni  keta Kak Kay... sama gak penuh


Rumah dah berkunci rapat....


Senyum tapi sebenarnya cma sedih je tau Mummy nak tinggalkan kampung halaman. Walau pun perjalanan ke kampung cuma 2-3 jam tapi bukan senang nak kumpulkan semua ahli keluarga Mummy serentak...


Insyallah panjang umur cuti raya cina nanti Mummy balik lagi...


Jangan duduk kat tangga nanti tak de siapa nak meminang....hihihi


Kali ni turn kami bertiga jadi orang terakhir meninggalkan kampung


Cinta hatiku...hihihi


Mana  ada zaman orang bergambar kat pokok bunga lagi Kak Kay, tu zaman retro punye style. Err tapi ok kut sbb awak pun da masuk kategori retro  kan...ikikikik


Abang Wan tak sedar selipar siapa yang disarungnya, dah nak sampai ke KL baru dia terperasan.


Family Mama Miraki


Bye2 semua....


Peace no war...


Status changed : ENGAGED




Kereta belum bergerak anak2 dah tanya, bila nak balik kampung atuk lagi?


Suasana suram rumah yang ditinggalkan... masa ni dah pukul 6.20 pm


Tugasan terakhir sebelum meninggalkan rumah... tutup kepala paip ni...

Berakhirlah percutian 4D3N kami di kampung halaman sendiri... tak perlu bayar sewa tak ada check-in dan check-out time dan makan semua siap....ehhhh tunggu.... ada sambungan lagi ni...

7 comments:

  1. Kalau kat kampung MIL pun diorang panggil mendalah Stemina Tuberosa Lour tu sbg "kentang j****t". Sungguh lucasss kannn...

    ReplyDelete
  2. kalau kita tegur sambal kicap de masin, kalau dia jwb :de ku kisah, nak beli..beli. Tak nak x apa camne.

    ReplyDelete
  3. hehehhehe rasanya semua orang Johor panggil kentang tu sebagai kentang j****t kot....hahahaha.....alah dah habis citer balikkg ker....sambung ler lagi...

    ReplyDelete
  4. ye la takkan dah abis lum puas baca n tengok gambar2 le....
    seronoknya kalau dapat berkumpul cam ni selalukan

    ReplyDelete
  5. ngeri tau tengok sambal kicap abas tu....ko tengok biji cili dia...timbul semuanya tu....hehehhe takut nak tegur dia tu...nanti kena cili...hahahah

    ReplyDelete
  6. Aku rasa Kak Kay cam puas tul balik kpg kali ni....ok raya cina cuti sekolah sminggu kan.....so apa lagi....jom ramai2 kita balik kg...yey...yey...

    ReplyDelete
  7. salam mummy, saya pernah makan keladi sarawak tu..kat umah MIL..tp ktorang kat sarawak tak pggl keladi sarawak..kitorang panggil ubi betawi..

    ReplyDelete