Malam Sabtu yang lepas Mummy balik kampung. Dah plan nak balik beramai2 dengan suku sakat Mummy yang lain sempena cuti sekolah (dah nak habis cuti pun). Last Mummy balik masa raya puasa so kira ada 3-4 bulan gak le Mummy tak balik, kebetulan kami adik beradik buat renovation rumah pusaka tu, tu yang lama tak balik. Nasib baik sebelum cuti sekolah habis ni kontraktor berjaya siapkan rumah.
Plan Mummy nak cuti hari Jumaat tu tapi ada staff meeting pulak petang Jumaat tu. Sepatutnya malam Sabtu tu ada Operation Meeting tapi Mummy dah mintak big boss tangguhkan....hihihih. Frankly speaking hari Jumaat tu walaupun kerja tapi rasanya hati dan perasaan dah sampai ke kampung halaman. Kak Mah, Mama Janet dan Yin Wong Khoo Lai dah balik petang Jumaat tu. Mummy, Mama Miraki dan YB Bukit Mutiara pakat2 balik malam Sabtu tu.
Sebelum bertolak balik singgah makan dulu kat IceRoom. Dah lama tak bawak dia orang makan kat sini.
Tuan punye blog yang tak berapa nak make-up sebab rushing.... staff meeting hampi pukul 7pm baru habis, sampai rumah kalut berkemas dan solat terus bergerak balik kampung, mana siap nak tenyek2 muka ngan bedak...heheh
Putera2 dan puteri Mummy
Kalau ke iceroom mestilah kena makan icecream kan..hihihi. Kita orang share je semangkuk icecream tu. Spagethi tu sampai bertambah2 anak2 makan. Mummy & dadd makan nasi goren je...
Ok dah kenyang... semua masuk dalam kereta ...kita balik kgggggggggggg
Daddy drive sampai ke hentian sebelah Pedas Linggi pas tu Mummy terpaksa tak over sebab Daddy dah mengantuk. Mummy drive dan berhenti kat Ayer Keroh sebab mengantuk juga. Berhenti sekejap untuk hilengkan ngantuk dan sambung drive. Calling2 Mama Miraki dia masih di Lekas Hway dan Kak Kay pulak dah melepasi Ayer Keroh
12:12am ... susasan di R&R Ayer Keroh agak lengang....
Mummy sampai kampung Mummy dalam pukul 1.45am. som pun baru je sampai. Dah sampai lewat pun we all tak terus tidur, sambung menyembang sambil tunggu Mama Miraki sampai....
bersambung .....
2 comments:
minat betul ko org dgn speggeti ye...
mama janet , ko mana tau makan benda2 cam tu, taunya me bandung muo je....hehehe
Post a Comment