Sunday, February 26, 2012

Mari melapis

Petang semalam sementara menunggu maghrib Mummy sempat buat kuih lapis labu. 1st time buat lapis labu ni, selalu buat talam labu je. Resepi sama tapi tak serupa. Nak buat benda yang berlapis2 ni memang perlukan kesabaran la... nak kena sukat2 bahagi adunan sama rata, nak kena kukus selapis2 kira memang renyah la. Tapi hasilnya memang memuaskan.

Kuih lapis labu....cantikkan berlapis2


Mummy buat 6 lapis je... yang tengah tu Mummy lapiskan dua potong kuih tu yang nampak tinggi

Behind the scene...

Mula2 kukus lapisan kuning.... sebelum tu lapislah loyang dengan plastik biar senang nak keluarkan kuih dari loyang. Kukus lapisan kuning dahulu dalam 5-6 minit. Lorek2kan sikit menggunakan garpu 


Tuang lapisan putih pulak, kukus 5-6 minit. Ulang hingga adunan habis. Lapisan terakhir kukus 20 minit.


Ok dah siap....

3 comments:

  1. Selalu kalau MM gi memana nampak labu je mesti ingat Mummy... "ingat labu ingat Mummy, ingat Mummy ingat labu". Heh heh heh..

    Dah pernah buat koci labu? Member kata sedap..

    ReplyDelete
  2. MMirror - koci labu dah pernah makan dah dah pernah buat, memang sangat2 sedap. Lagi sedap kalau inti kelapa tu kita camppurkan durian....walala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo iyer? Bestnyaa... nak order la nt dgn member tu... haai dah terliur dah dgr Mummy crita ni.

      Delete