Thursday, February 23, 2012

Adam dan Hawa


Mummy ni bukan kaki tv so tengok tv pun sesekali je. Tengok tv sambil2 makan or sambil2 menyapu. Tak de la concentrate lepak bagus  depan tv je. Tapi bila dapat tau x-boyfriend Mummy ini akan muncul dalam drama 80 episod tak lama lagi rasa semangat berkobar2 la nak menengoknya...baru nak shooting. Rasanya dah nak hujung tahun baru ditayangkan kut... tak apa Mummy sanggup tunggu

Happy bday Aaron.... sorry ye I bagi u cake ciput jer....hihih (kalau ada yang nak muntah sila ke bilik air dulu yer...)


encem kan x-bofriend Mummy ni... bawak watak hero Adam Mukhriz dalam drama Adam & Hawa






Drama Adam dan hawa ni adaptasi dari novel Adam & Hawa karya Aisya Sofe. Ringkasa drama lebih kurang cam ni la...


AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...


Kita sama2 tunggu la ye drama Adam dan Hawa ni....

4 comments:

  1. banyak tul drama pakai citer novel ni....tapi latelyni citer2 dia hampir sama ajekan...balik2 kawin paksa or kawin kontrak lepas tu lama2 suka dalam diam..tapi ego konon...tengok yng tengah ke udara BICARA HATI ( astro Prima), Vanila Coklat...kan semua dekat3 je citer...sama gak ngan Ombak Rindu...mula2 bestlah..lama citer hampir2 sama muak lak..hehehehee

    ReplyDelete
  2. Ai Mummy... dah beralih pd si Aaron pulak ker? Sheikh Muzzafar dah tak jadi x-bopren dah? Hehehehe....

    ReplyDelete
  3. MMiraki - Aaron punya pasal cerita sama pun tak pe layannnnnnnnnn gak

    MMirror - x-bopren Mummy kan ramai...kikiki...Fahrin Ahmad tu my ex gak tu...

    ReplyDelete