Saturday, February 18, 2012

Gerimis mengundang

Assalammualaikum...selamat berhari minggu. Biasalah bila hari minggu n3 Mummy mestilah berkaitan dengan masak-masak dan makan-makan.

Hari ni pagi2 dah hujan gerimis. Kalau sambung melengkar best gak ni....ish ish jangan amalkan lah, menyambung tidur lepas Subuh.

Oklah hujan2 ni uols sarapan apa ye? Spagetti, pancake, lempeng, cekodok or biskut kering je?

Kuih talam cendol dan nasi goreng kampung pedas meletopssss. Pekena dengan teh-o kurang manis je.

Ini kuih sendiri bikin ye...kalau beli 9 ketul ni dah RM3. Mummy buat seloyang besar 10". Boleh bagi jiran2 rasa lagi...

Close-up sikit. Tapikan memang sedap tau talam cendol ni. Lemak, manis, lembut memang secukup rasalah. Daddy pun makan laju je lepas sepotong sepotong lagi. Lepas ni dia suruh buat talam sagu biji pulak.

Behind the scene kuih talam cendol... 

ni xtvt malam tadi sementara menunggu Daddy dan anak balik dari ceramah dan concert alternatif Sam Kamekaze 

Kukus dulu lapisan yang ada cendol...loyang tu jangan lupa sapukan minyak sikit dan alas dengan plastik. Tujuan letak plastik tu buar senang kita nak keluarkan kuih talam tu nanti. Angkat je plastik tu. Ada paham adik manis!!! Kukus dalam 20 minit dan carik2kan sikit bahagian atas dengan garpu...

Pas tu masukkan pulak lapisan gula melaka dan kukus lagi 30 minit......

Taraaaaaa...dah masak pun. Lapisan putih cendol dan gula melaka.merah yang sama tinggi....

Tunggu betul2 sejuk dulu baru potong. Dan gunakan pisau plastik.Baru lah dapat potongan yang licin. 

No comments:

Post a Comment