Saturday, February 25, 2012

Xtvt cam biasa

Biasalah xtvt Mummy bila hari minggu ni tak lain dari ke pasar masak dan kalau sempat gi manja2kan diri buat facial kat SPA.


Dengar ura2 orang gomen nak naik gaji lagi, barang2 dapor dah naik harga dulu, bandingkan harga hari ini dan harga Sabtu lepas.... ayam Rm5.40/kg (RM4.90), tenggiri isi RM25 (RM24), ikan parang RM21/kg (RM22), ,ikan kucing RM8/kg (RM9) , udang RM17/kg(RM20), sotong RM17.50 (RM16.50) ... lauk pauk banyak ni dan sayur 2-3 jenis dah RM150. Orang2 gomen yang nak naik gaji, orang2 kampung yang kerja sendiri dan kami pekerja2 swasta pun turut terasa. Ada yang akan kata  pekerja swasta naik gaji lagi banyak tak bising2 pun...memang betul mungkin ada kakitangan swasta yang ada kenaikan gaji tiap tahun tapi ada gak kakitangan swasta yang dah bertahun2 tak naik gaji dan tak ada bonus. Mummy turut bersimpati dengan orang2 yang kurang berkemampuan tetapi terpaksa juga menghadapi realiti ini.


Daddy outstation so bila Daddy tak ada Mummy masak sempoi2 jer. Anak2 senang je ada ayam or telor goreng dah cukup....hihih


Lepas lunch dan solat Zohor lepak2 kat sofa terus melayang....dan ...zzzzz. Wah sedapnya dapat tidur tengahari sesekali. Bangun2 tidur lapar la pulak. Nak makan apa ek??? 


Bangun tidur silat dan bertaici kejap dan ... siap untuk disauna. Ce ce teka apa yang tengah nak besauna ni?

 
Mummy buat lepat labu sikit. Dah seminggu lebih labu tu tersadai kat dapor. So sebelum busuk baik Mummy transform jadi sumber untuk menambahkan vitamin2 dalam badan. Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan. Hihihih cam tak caya je boleh mengawal nafsu makan. Makan lagi laju adalah....

Sementara nak tunggu solat maghrib Mummy sempat godek2 baki labu yang Mummy dah kukus untuk buat lepat. Mummy buat pulak kuih lapis labu. Bolehlah buat breakfast pagi esok. Masih hangat2 lagi kuih lapis labu ni, tak boleh nak potong lagi.

1 comment: