Sunday, February 12, 2012

Di mana ada kemahuan

Semalam nampak Kak Kay buat lepat pisang, memandangkan ada stock labu sebiji Mummy cam nak buat lepat gak la. Kelapa parut semua dah beli....tapikan huhuu...terlupa beli daun pisang la pulak....kiciwa la...

Balik dari surau lepas tengok sambutan maulidul rasul rasa cam penat sangat, cuaca pun panas terik tu yang kepala senoneng, letak kepala terus zzzz. Dalam tidur mimpi makan lepat la, kuih talam cendol dan makan abok2....sampai terbawak dalam mimpi tu....

Bangun tidur solat dan geledah kabinet dapor,alamak nak buat kuih talam tepong beras tak ada la pulak... nampak ada sagu biji...emmm...ting tong....idea pun datang.... oklah nak buat kuih abok2 la...daun pisang tak ada pun tak apa...kita guna loyang je la...

Rendam dan cuci sagu biji dalam 5 minit. Gaulkan dengan kelapa parut.  Kalau dapat carilah kelapa yang muda2 sikit. Jangan lupa campak garam sikit. Pastu tuang separuh ke dalam loyang.


Racik2kan gula melaka dan tabur atas sagu dan kelapa tadi


Dan taburkan baki sagu + kelapa ke dalam loyang. Make sure menutupi semua gula melaka tadi.


Masukkan air dalam pengukus. Masukkan loyang dalam pengukus...dan set 20 minit.


Tadaaaaaaa dah siap pun kuih abok2 edisi darurat


Silalah makan... kuih abok2 ni kena makan masa panas2. Kalau dah sejuk kuih ni jadi liat. So kalau family tak ramai buat sikit je la ye.

3 comments:

  1. ngelutis jea ngko nie...

    ReplyDelete
  2. waaahaha.jeles giler tgk akk men campak2 jadi. saya campak2 hancusss la jadinye. kne jgk tgk buku huhuk ;) oke, sy adalah ex-staff interxs hahahaha

    ReplyDelete