Sunday, February 5, 2012

Ternak lemak dihujung minggu!

Post Mummy kalau hujung minggu mesti pasal masak je kan.... nak buat camana dah Mummy suka masak dan makan. Korang layan je la ye


Menu minum petang hari ni talam keladi... sedappppnyaaaaaaaa.... Lapisan bawah tu Mummy guna tepong beras, santan, gula dan keladi. Lapisan ataas tu guna tepong gandum, santan, gula dan paste keladi. Sapa nak resepi roger2 Mummy la yer...


Yang belah bawak tu nampak hijau2 sikit tu keladi dia la... keladi tu Mummy rebus dengan air daun pandan yang diblend so jadilah warna hijau sikit


Nak potong kuih talam ni memang kena tunggu kuih ni betul2 sejuk baru potong... kalau tak jadi cam Mummy punye ni la, potongan tak licin


Suka tengor warna purple ni... tak tau la pulak apasal org buat kuih talam keladi mesti guna warna purple, keladi bukan warna purple pun..hihi

Behind the scene.....

Kuih talam dalam sauna baru...trio steamer ni memang menyenangkan, air tu tak perlu pun nak didihkan dulu sebab steamer ni cepat panas dan kita tak perlu nak bukak2 penutup untuk cek air ada lagi ke tak sebab dari luar kita boleh tengok water level.... kalau korang rajin masak2 berbaloi2 lah kalau nak beli, bukan setakat buat kuih je nak kukus ikan pun senang. Kalau kukus kuih tak perlu tutup dengan aluminium sebab wap air akan mengalir ke tepi penutup tu sendiri...tapi kalau uols masak cuma 2 tahun sekali tu lupakan je la nak beli bendalah ni...


Dah masak pun... yang ada lubang2 sikit tu gara2 leka mengangkat tutup mengukus sambil lenggang -kangkung sembang kat tepon, air terjatuh atas permukan kuih...huhuhu... kalu tak licin jer permukaan kuih talam ni

Sekali pandang cam talam kacang merah la pulak kan.... emmm lain kali bolh try buat talam kacang merah pulak la....

Ni aktiviti buat apam gula merah semalam

Apam yang tembammmmm

Malam ni nak buat chocolate cheesecake kukus untuk birthday Daniel esok... tengah semangat nak mengukus ni....hihih... kalau tak maximise usage trio steamer tu takut pulak ada yang perli2 nanti hihih



3 comments:

  1. kalau aiskerim keladi pun warna purple.sape ngajo keladi warna tu ye

    ReplyDelete
  2. keladi kan memenag warna purple. tak ingat ke keladi yg abah tanak dulu...kan ke warna purple. abah selalu rebus malan ngan kelapa muda

    ReplyDelete
  3. mummy gee, berapa agak2 ye harga pengukus tu, cam berkenan je, ni tanya betul2, agaknya klau de pengukus cam rajin kot wat kuih...

    ReplyDelete