Monday, January 11, 2010

weekend xtvt

10/01/10 (Ahad) - Wow! cantiklah tarikh hari ni. Walaupun hanya sekadar nombor tapi Mummy percaya ramai orang yang akan jadikan tarikh ni tarikh untuk mereka bertunang or berkahwin dan mungkin ada yang berharap akan bersalin pada tarikh ni...Selain dari tarikh ni lagi satu tarikh yang ditunggu2 adalah 101010...

Actually tak der apa menarik nak buat n3 hari ni... ni kira n3 ditime boring2 la ni. Hari ni sepatutnya Mummy pegi ke kelas masak2 tapi last minute kelas tu cancel la pulak sebab yang nak mengajar tu anak beranak demam, so Insyallah Mummy akan joint kelas tu Sabtu depanlah...emmm rasanya Sabtu depan tak de programm apa2 lagi.

Dah Mummy tak jadi pegi, Daddy gi hantar servis keta Mummy, ya lah sejak kereta overheat tu tak sempat nak hantar ke workshop lagi.

Since tak de nak buat apa hari ni so Mummy decide g facial la. Call tempat biasa Mummy buat facial ada kosong kul 3pm...em oklah tu..sementara tu layan mata dulu....Mummy bawak anak2 ngan bibik sekali. Oh ya , Mummy gi facial ni kat tempat lama kat Nilai. So Mummy tinggalkan bibik dan anak2 kat rumah jiran baik Mummy masa kat Nilai dulu, C-Kin. Rumah dia depan rumah Mummy je. Sejak raya lepas jani nak datang rumah dia tapi tak sempat2 so dah kebetulan nak ke Nilai singgah teruslah rumah dia.

Sampai rumah C-kin ngam2 kul 3pm. Sembang kejap terus Mummy chow g SPA. Lama betul Mummy tak datang, last sekali sebelum raya...tu dia 3 bulan lebih tu. Walau dah pindah ke Bangi tapi Mummy tetap gi buat facial kat Nilai tu sebab dah biasa dengan dia orang, malas nak tukar2. Lagipun ak jauh mana Bangi ngan Nilai dalam 30 minit jer...

3 jam buat facial ngan eye treatment memang buat Mummy terlelap2 ditambah ngan bilik yang sejuk dan muzik yang cam suruhorg tidor... mana tak best orang urut2 muka memanglah terlelap. Pas tu dia buat neck & back massage...kira oklah 3 jam services dgn bayaran yang dia kenakan...

Sampai rumah C-Kin budak2 dah bising sebab Mummy lambat..sebenarnya dah 'terjanji' ngan budak2 nak bawak g berenang kat Nilai Spring , baju semua pun dah bawak...sorry la yer anak2 dah lambat dah minggu depan kita g swimming la yer... so Mummy sambung sembang2 ngan C-Kin dan Sue (jiran Mummy gak).



Jom sapa nak ikut Angah merempit???


Mak aiiii...3 sekali awek Angah angkut!!! Powerlah Angah...
Pas tu Mummy gi rumah Mummy collect surat2... mak aiiii banyaknye surat...bila yer last Mummy kutip surat2 tu...emmm dua bulan lepas kut Daddy ada datang ambik....


Sebahagian surat dari 'peminat' Mummy & Daddy...heheh...

Tengok keadaan rumah cam sedih jer..yerlah budak2 bujang duduk memang tak terjaga... rumput carpet kat laman pun dah habis mati ... mana tak mati habis kena lanyak entah berapa biji motor letak kat situ. Mummy pun tak tau berapa ramai dia orang duduk rumah Mummy tu tapi kalau tengok jumlah motor2, kereta dan kasut2 mau 15 orang ada kut. Alah budak lelaki apa kisah janji ada tempat nak lelapkan mata. Lagi pun masterbed room tu boleh duduk lebih dr 6 orang. budak2 yang sewa komplen toilet atas bilik belakang air tak keluar, master bedroom air menitik bila hujan dan bil air tinggi....


Rumah yang Mummy sewa kat students USIM. Aduh sayangnye rumahku......


Sebahagian kasut2 penyewa rumah...


Lagi kasut2... so ngkorang agak2 berapa ramai dia orang duduk dalam rumah Mummy ni???

Kul 7pm baru Mummy gerak balik. Dalam kereta budak2 dah zzzzzzz...untuk C-Kin terima kasih banyak2 jamu kami ngan mee kari special dan lain2 tu...

Sampai rumah terus kerah anak2 mandi dan Mummy operasi badan si Danish tu. Lepas dia mandi Mummy sapu ubat seluruh badan dia. Semalam Daddy dah bawak dia gi pakar kulit lagi kat Jalan TAR. Tak taulah bila masalah exzema dia akan hilang. Sejak umur 6 bulan si Danish ni ada masalah gatal. Kalau dia banyak berpeluh dan cuaca panas memang naik merah2. Mandi air panas sudah, rendam kat laut sudah, gi bomoh sudah gi klinik pakar pun dah jenuh tapi tak boleh sembuh terus. Ubat memang hari2 la dia makan, sekaran ni dia dah tau kalua gatal dia minum sendiri jer. Bagi syring dan bagitau sukatan jer. Cuma yang Mummy hairan kat kalau gi dr pakar ni tak tau ler ubat apa yang dia bagi tapi 2-3 hari makan dan sapu sure lepas tu kulit cantik jer.... tapi tulah Mummy cuma bawak dia ke pakar kalau dah teruk sangat ler kalau rashes sikit2 jer Mummy sapu ngan lotion dan makan Adezio je. Dah namanye pun pakar harga pun pakar punye rate lerrr....tak larat beb...sekali pegi sure kena RM250-RM300.... tu lah sapa suruh buat penswastaan perkhidmatan kesihatan patut free jer tu...hehehhe...

3 comments:

  1. kau ni masih ada masa yer 3-4 jam gi SPA ker apa ker...yelah roang beruang memang cam tu kan..hheehhehhaahh...kalau aku banyak lagi benda lain nak buat ni....hihihihi

    ReplyDelete
  2. MMiraki... memang lah banyak benda nak buat tapi kita kena cari masa untuk diri sendir maaaaa.....

    ReplyDelete
  3. cam aku ni banyak masa untuk diri sendiri, masaalahnya semua SPA2 tak nak layan aku ya ke mana nak layan RMnya enggak ada buk.

    ReplyDelete