Wednesday, January 27, 2010

Doa Dihari Lahir

27/01/2010 (Rabu) - Hari ni genap 40 tahun Mummy hidup di bumi yang fana'. Mummy dah masuk dalam group 4 series. Selamat tinggal 3 series. Dalam sedar tak sedar cepat betul masa berlalu meninggalkan kita. Orang kata usia 40 ni dah masuk waktu asar sebelum menuju ke maghrib.

Apa yang kita cari dalam hidup yang sekejap ini????...first time tengok video ni masa g training ESQ. Kalau tengok sorang2 boleh menanggis ni...

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.


Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.


Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.


Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku si yatim piatu ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.


Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.

10 comments:

  1. selamat hari lahir, tak kira berapa usia kita pun bersyukur lah dengan segala rahmat yang diberikan. pergunakan lah sisa2 usia yang tinggal dengan amal kebajikan . bimbing lah anak2 mu menjadi anak yang soleh dan solehah, moga kehidupan sentiasa diberkati ALLAH . amin....

    ReplyDelete
  2. selamat Hari Lahir...bila sambut hari jadi ni bermakna semakin pendek usia kita....

    ReplyDelete
  3. Happy besday kak gee....
    Moga2 murah rezeki & dipjgkan umor...
    Amin

    ReplyDelete
  4. Doa dari ida & family

    ReplyDelete
  5. OH Mummy Gee sambut hari lahir ya hari ni... Tahniah.. Moga allah mengkabulkan segala doa-doa akak... Hidup dalam lindunganya dan diberi ketetapan iman olehnya. Allah lanjutkan usia akak..

    ReplyDelete
  6. Hai Mummy Gee date tu x betul 27.1 2010 n bukannya 27.2 2010,apa lah kau ni,anyway HAPPY BIRTHDAY . Wah nampaknya bolah la celebrate kat Kota Tinggi masa Ariff kahwin-tompang semangkuk.aku bagi kau hadiah kueh gunting kah3x..........

    ReplyDelete
  7. Selamat menyambut hari lahir ke 40 daripada kami sekeluarga. Semoga Puan dan keluarga sentiasa dalam keahmatan .

    ReplyDelete
  8. semoga Puan sentiasa dalam rahmat Allah.

    ReplyDelete
  9. Happy Birthday Mummy Gee! Tahniah! 40 hanya angka....

    ReplyDelete
  10. Terima kasih untuk semua wishes yang diberikan.Kepada semua Anonymous... janganlah malu2...kenalkan lah diri...(sebahagian dari Anoynmous tu dah dikenalpasti hehhe...)

    ReplyDelete