Friday, January 15, 2010

Adab

Assalammualaikum murid2.... petang ni ustazah nak mengajar berkenaan dengan adab-adab. Tau tak apa makna adab? Adab tu lebih kurang makna dengan peraturan la. Kalau org kg Mummy kata etiquette atau behaviour lah. Hari ni kita mulakan dengan adab2 makan dan adab2 berjiran yer. Kalau siapa dah tau tu anggaplah sebagai peringatan jer ye...ini sebahagiannya saja yer, banyak lagi yang ustazah tak senaraikan.....

ADAB-ADAB MAKAN

  1. Membaca bismillah dan doa ketika hendak makan


  2. Membersihkan tangan sebelum makan


  3. Menggunakan tangan kanan


  4. Makanlah dengan Tawadduk dan jangan makan dengan rasa angkuh kerana setiap rezeki itu datang dariNya.


  5. Jika makan beramai2, makanlah makanan yang ada dihadapan anda dan jangan menjangkau ke hidangan lain yang jauh


  6. Jika makanan sedikit sedangkan tetamu ramai, makanlah sekadar mengalas perut sahaja


  7. Ketika makan jangan terlalu banyak bercakap atau ketawa


  8. Jika ada butiran makanan yang jatuh, maka kutiplah semula kerana setiap butir adalah rezeki dari Nya


  9. Setelah selesai makan jangan tinggalkan sisa makanan. Jilatlah makanan yang ada dicelah2 jari (sesetengah orang rasa cam geli)


  10. Selesai makan bersyukur kepadaNya yang memberi rezeki.

ADAB-ADAB BERJIRAN

  1. Mendahulukan memberi salam bila bertemu (jangan panggil  hoi2 jer)


  2. Tidak terlalu mengambil tahu hal ehwalnya (jangan busy body)


  3. Menziarahi apabila sakit


  4. Menerima undangannya apabil ada sesuatu majlis atau keramaian


  5. Cuba membantu sedaya upaya jika jiran dalam kesusahan, jika tidak dapat membantu beritahu dengan sebaiknya


  6. Memaafkan kesalahan jiran samada yang sengaja atau tidak


  7. Tidak mudah akan kata2 fitnah terhadapnya


  8. Memberi nasihat dan tunjuk ajar di dalam kebaikan


  9. Sentiasa bercakap dengan lemah lembut


  10. Tidak menyinggungnya samada dengan perkataan atau perbuatan


2 comments:

  1. Comment adab makan:Kalau mknan yg ada dpan mata cuma grg ikan pekasam je sdngkan hidangan sblahnya udang pnjat tunggul atau sotong berbaris cam askar kawat x kan nk pandang je. Comment adab berjiran lak :Habis kalau daun kunyit asik togel jer n daun ubi x smpat nk bertunas baru camna sdngkan sama2 ada tanah sekangkang kera, farmville pun bolrh gulong tikar hehehe.......

    ReplyDelete
  2. kalau jiran tu ambik dan sorok bola anak2 kita..cak buat camana ustazah...kita kena diamkan aje ker...atau esok kita belikan bola baru dan bagi kat dia lagi

    ReplyDelete