ADAB-ADAB MAKAN
Membaca bismillah dan doa ketika hendak makan
Membersihkan tangan sebelum makan
Menggunakan tangan kanan
Makanlah dengan Tawadduk dan jangan makan dengan rasa angkuh kerana setiap rezeki itu datang dariNya.
Jika makan beramai2, makanlah makanan yang ada dihadapan anda dan jangan menjangkau ke hidangan lain yang jauh
Jika makanan sedikit sedangkan tetamu ramai, makanlah sekadar mengalas perut sahaja
Ketika makan jangan terlalu banyak bercakap atau ketawa
Jika ada butiran makanan yang jatuh, maka kutiplah semula kerana setiap butir adalah rezeki dari Nya
Setelah selesai makan jangan tinggalkan sisa makanan. Jilatlah makanan yang ada dicelah2 jari (sesetengah orang rasa cam geli)
Selesai makan bersyukur kepadaNya yang memberi rezeki.
ADAB-ADAB BERJIRAN
Mendahulukan memberi salam bila bertemu (jangan panggil hoi2 jer)
Tidak terlalu mengambil tahu hal ehwalnya (jangan busy body)
Menziarahi apabila sakit
Menerima undangannya apabil ada sesuatu majlis atau keramaian
Cuba membantu sedaya upaya jika jiran dalam kesusahan, jika tidak dapat membantu beritahu dengan sebaiknya
Memaafkan kesalahan jiran samada yang sengaja atau tidak
Tidak mudah akan kata2 fitnah terhadapnya
Memberi nasihat dan tunjuk ajar di dalam kebaikan
Sentiasa bercakap dengan lemah lembut
Tidak menyinggungnya samada dengan perkataan atau perbuatan
2 comments:
Comment adab makan:Kalau mknan yg ada dpan mata cuma grg ikan pekasam je sdngkan hidangan sblahnya udang pnjat tunggul atau sotong berbaris cam askar kawat x kan nk pandang je. Comment adab berjiran lak :Habis kalau daun kunyit asik togel jer n daun ubi x smpat nk bertunas baru camna sdngkan sama2 ada tanah sekangkang kera, farmville pun bolrh gulong tikar hehehe.......
kalau jiran tu ambik dan sorok bola anak2 kita..cak buat camana ustazah...kita kena diamkan aje ker...atau esok kita belikan bola baru dan bagi kat dia lagi
Post a Comment