Wednesday, January 13, 2010

Hati & Hati


Tadi baca blog MSom dia cerita pasal hati, so Mummy nak buat n3 merapu pasal hati gak ler...ok murid2 sediakan buka nota semua, salin apa Cikgee tulis yer....hari ni kita belajar simpulan bahasa yer...

suka hati/senang hati- gembira kerana sesuatu
suara hati/gerak hati - niat atau perasaan dari dalam hati
gelap hati - susah untuk terima pelajaran
mutiara hati - kata2 hikmah
gunting hati - melukai perasaan
gunung hati - tersangat ingin atau mengidam yang tahap cipan la...
sakit hati - perbuatan yang menyinggung perasaan dan membuatkan orang ramai
sampai hati - tidak segan2, tergamak, tidak menaruh belas kasihan
jauh hati - terkilan
patah hati - putus cinta
buah hati/jantung hati - kekasih atau orang yang disayangi
baik hati - pemurah
iri hati - hasaf dengki
sagu hati  - wang atau lain2 bentuk pemberian yang diberikan sebagai ganti rugi atau penghargaan
makan hati - memendam perasaan
hati ayam - sedap digoreng garing pas tu masak kicap dan campur sekali bawang besar dan cili masak
soal hati - Filem lakonan Erra Fazira ngan Afdlin Sauki

p/s So kalau ada lagi nak tambah jangan la malu2 yer...dipersilakan

6 comments:

  1. Secara tiba-tiba berdetik didalam "hati" saya nak makan "hati ayam"..walaupun saya tahu saya tak suka makan "hati ayam" kerana saya begitu "berhati-hati" dgn jenis makanan yg aya makan, sehingga kadang kala "saya makan hati" tgk orang lain makan sedap2. Ini semua kerana saya "ada hati" nak pakai bahu size "XS" yang ada gambar "hati" kat dada cam baju ramlah ram tu....saya sangat "suka hati" kalau impian sy akan tercapai...dan saya sangat "berbesar hati" dgn sokongan awak semua...akhir kata dengarlah "suara hati" saya ini....akan saya kenang sampai ke mati...heheheheh...demikan karangan saya pasal "soal hati". Diharap cikgu akan ber"puas hati" yea.....

    ReplyDelete
  2. Cikgu Gee dialu-alukan utk mengajar di sekolah kami, saya pun dah letih jd ketua panitia BM ni.

    Dah masukkan tak dalam buku persediaan mengajar bab simpulan bahasa HATI tadi?

    ReplyDelete
  3. Ada sapa2 nak tambah crita pasal hati, di persilakan!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Saya "tak ada hati" nak menambah ...sebab saya ni "keras hati". Teringat aku iklan jalanraya yang aku berlakun..."berhati-hati di jalanraya" kereta yang aku pandu pintunya dilanggar kenderaan "4wd"... dah hampir 20 tahun.

    ReplyDelete
  5. masa tu kira glamer cam Fahrin Ahmad kan yin..hehehehehe..iklan apa tu ye JPS yeaa

    ReplyDelete
  6. 'JPS' = Jawa Parit Sulong....hahaha

    ReplyDelete