Monday, January 4, 2010

Sesi Persekolahan 2010

4/1/2010 (Isnin) - Hari ni hari pertama sesi persekolahan untuk 2010. So cuti selama sebulan setengah dah berlalu. So jadual harian Mummy dan anak2 pun ikut berubah. Malam tadi pukul 10pm Mummy dah suruh anak2 semua tidor. Nanti kalau tidor lambat ada yang terlelap dalam kelas la pulak...

Pukul 6.30am Mummy dah kejutkan anak2 bangun. Pagi ni gerimis la pulak. Pukul 7.25 baru Mummy hantar Daniel & Danish ke sekolah agama. Susah betul nak parking sebab kat bahu2 jalan penuh dengan kereta parking. Dah lah sekolah agama tu berhadapan dengan sekolah kebangsaan so memang susah nak parking. Nasib baik la 2-3 minit dah sampai sekolah. Dia orang sekolah agama dari 7.30am - 10.30 am. Lepas hantar dia orang Mummy balik rumah nak hantar si Dania pulak. Waktu sekolah dania 8.15 - 11.15 am. Nanti pukul 10.30am kena ambik dia orang semula. Esok baru makcik van tu akan ambik dia orang.


Daniel masuk darjah dua sekolah agama KAFA.


Danish baru masuk darjah satu sekolah agama KAFA


Dania tahun ni Mummy hantar ke SmartReader. Cikgu2 tadi ingat dia ni dah 6 tahun...hiih...baru 5thn la teacher. Ini tahun ke-3 dia masuk tadika...kalau tak pandai tak tau lah...hihihi....dulu Mummy tak de pun masuk tadika, masa darjah satu itulah first time tahu 123 dan ABC... Alhamdulillah 'menjadi orang' gak... Mummy ingat dia akan menangis ke apa sebab masuk tadika yang baru, tapi Mummy baru bukak pintu dia dah menonong jer panjat tangga....hahah...


Macho tak Along???


Alah, Angah la yang lagi Macho...


Along ngan Angah dua2 tak mancho, Dania yang comel....hahah

Updated...

Pukul 10.25am pegi fetch Daniel & Danish. Sampai ngam2 dia orang keluar sekolah.

 

Kul 11.15 kaluar lagi ambik Dania pulak.

 
Muka menahan kencing...hihi...

Kul 12.00 suruh si Daniel & Danish mandi dan siap2 utk g sekolah kebangsaan pulak. Dia orang ni asyik leka tengok tv je la pulak. Bila Daddy bersuara mencicit lari masuk bilik air...heheh. Nak suruh lunch pun susah...

Masa siap2 pakai kasut nak g sekolah si Daniel mengadu kasut dia sempit. Mak aiii kasut baru jer beli camana boleh sempit ni. Tak taulah camana di try kasut tu masa beli ngan daddy, atau pun jurujual tu bagi salah saiz kut...nak tak nak kenalah beli kasut lain masa nak hantar dia gi sekolah. Nak g tukar pun resit ntah kat mana2 dan dah lebih dari 3 hari pun. Dan kasut tu dah disapu ngan kapur kasut pulak.

 

  


Apalah... kasut baru belipun tak muat....


.....terpaksalah belikan yang baru...

6 comments:

  1. Kesian Harith. Dah mak bapak dia cikgu dah tu dua2 sesi pagi... hari pertama masuk sekolah tak dapat nak hantar dia coz setiap sekoah akan dipantau oleh pihak PPD atau JPNJ so tak boleh nak excuse. Aku kirim anak aku dengan jiran aku yang kebetulan ngajar di sekolah tempat Harith bersekolah. ITULAH SALAH SATU PENGORBANAN GURU YANG SELALU DIPERLEKEH OLEH MEREKA YANG BUKAN GURU. Mereka akan kata semua kerja ada masalah. Tak kenal maka tak cinta.

    ReplyDelete
  2. Ala budak sekarang bukan cam dulu g sekolah nangis,tengok si Dania tu eria je aku tengok itu tadika lagi.

    ReplyDelete
  3. kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai......semua jenis pekerjaan ada masalah masing2....so terima ajelah dengan redha....dah rezeki masing2 kan..dapat jadi guru, engineer, programmer, QS, suri rumah.....

    ReplyDelete
  4. Kito yo ora keno ngoto... Yo podo-podo... Wong bendo ora weroh.

    ReplyDelete
  5. Dadi cashier seng kelulusane ora duwur pun ono masaalah,asyik kira duit org je tah bila masa nak kira duit sendiri kakkakkahhhhhhhhhhhhhhhh wakil meluahkan perasaan trpendam.........

    ReplyDelete
  6. walah2 mbok ojo bodo kerengan, syukur bodo ndue kerjo,bocah2 sak iki kan wes pande2, wani setakat lungo sekolah rak payah terke. aduh.... terkehel lidah aku alih bahasa aja la.

    ReplyDelete