Thursday, January 14, 2010

Gila ke Gila2?

OK  murid2 nampaknya pelajaran semalam tentang simpulan bahasa yang mengunakan perkataaan 'hati' semua dah faham dan homework pun semua dah siap, hari ni Cik Gee akan sambung dengan simpulan bahasa lagi, tetapi kali ni yang menggunakan perkataan 'gila' yer... untuk hari ni tak payah salin yer, copy paste jer dari sini ....

gila bayang - syok kat org tapi org tu tak tau pun...syok sendiri la tu...

gila talak - teringat2 bekas isteri/suami selepas bercerai dengan harapan nak kenen semula

gila judi - suka berjudai

gila kereta - org yang taksub sangat pasal kereta (selalunya lelaki yer....)

gila fesyen - org yg taksub sangat fasal fesyen2 ni....

gila-gila bahasa - perangai sedikit gila @ ada wayar putus

gila pangkat - suka mengejar pangkat dan sanggup buat apa janji impian tercapai

gila kuasa - inginkan kuasa ni pun sama sanggup buat apa je janji dapat kuasa

gila harta - sentiasa mengejar harta kekayaan

gila isim - gila kerana salah tuntut ilmu batin

gila perempuan - lelaki yang kat kepala otak dia asyik nak pompuan jer

gila urat - sangan ingin kepada lelaki/pompuan yg dicintai

gila babi - penyakit sawan babi

gila-gila - majalah kartun yg Yin selalu beli masa kita org kecik2 dulu tapi dia tersangatlah kedekutnya tak bagi Mummy, Mama Miraki & Som baca. Memang kedekut tahap cipan lagi gaban dia tu. Teruk betul perangai si Yin ni masa kecik, nanti Mummy nak cerita pada si Harith betapa kedekutnya papa dia tu!



Sekadar hiasan, tiada kaitan dengan yang hidup atau mati...hehehe


Ok murid2, masa pun dah habis Cikgee ada meeting ngan Cikgu Besar kul 10.30am ni, jgn lupa homework yer, buat karangan dengan menggunakan seberapa banyak perkataan 'gila' yer....esok pagi2 semua buku mesti atas meja Cikgee.

8 comments:

  1. Dah 2 hari berturut2 blajar simpulan bahasa je cikgu gee,bila lagi nak ajar karangan,puisi,penjodoh bilangan dll. kalau HATI sekeping ke ,sektul ke , sebuah ya cikgu gee yang arif lagi bijaksana, makciknya ni dh ler buta IT ( bukan buta hati ya) skolah atap lak tu n x bekerja lagi so x tau nak padankan dengan penjodoh bilangan HATI, sebab hati tu x berkeping,x berketul2 n x de buah nampak.........nya

    ReplyDelete
  2. ah bosan la dah bertahun2 sekolah asik belajar benda yang sama aje, tak de tajuk terkini ke yang boleh menarik minat murid2 sekarang.

    ReplyDelete
  3. tambah lagi satu sessi "kekedekutan" yin adalah sebab tak bagi kita mandi kat "tunggul" kayu tu...heheheheh...dan lagi satu di xsen tak nak makan sayur kangkung yang tumbuh melata tu...heheheheh..laa ni dia hantu pulak kangkung goreng belacan

    ReplyDelete
  4. antara watak yang mama suka baca dalam gila-gila
    1. 3 Dara Pingitan
    2. Ayub Anak Tulakang
    3. From Taiping With Love
    4. Cucuk Kodok Mak Teh
    5. AKu Budak Minang
    6. Atuk...
    7. Cupin....( kartunis ni budak Pt Jepun, Batu 16)
    8.Lagak A.Mahmud dgn vespanya....

    ahhhhh nostalgianya majalah ni yea....

    ReplyDelete
  5. MAamamiraki !!!!!!!!!!jangan buka pekong di dada banyak2 nanti Cikgu Besar marah

    ReplyDelete
  6. Hoiii....ngutuk tuuuuuuuuu. Padan muka korang kena buli... aku kan abang. Kah ( 75 X ).

    ReplyDelete
  7. Cikgu Yin asyik kena sakat je kat blog kalian nih? Kesian, nanti kurus pulak dia. Saya tertanya2 kenapa Cikgu Yin tak bagi kalian baca GILA2 tu. Mesti kalian ni kaki koyak buku tak?

    ReplyDelete
  8. Inilah masanya Cikgu Yin kena buli dulu masa kecik dia garang dgn adik2 tp kt skolah kena buli pijak semut pun x mati padan muka dia baru kita org tau. Pasal x bagi baca GILA2 tu sbb x nk share beli kut. Hahahaha kelakar Cikgu Yin kena sakat lagi sampai x bangun2, blognya pun ikut tidor satu selimut dgn tuannya.NGOROK JANGAN X NGOROKzzzzzzzzzzzzz

    ReplyDelete