Thursday, January 21, 2010

Mummy budak kampung!

N3 ni khas dedicated untuk empat orang anak kesayangan Mummy, Emmer Daniel, Adam Danish, Dania Batrisya dan Emmil Dafiy yang lahir2 jer terus disambut dengan lampu elektrik terang benderang bukan cam
Mummy dulu.


Mesin getah ada dua jenis, yan glicin dah yang berbunga2. Apa guna dia? Nak buat mesin getah keping la nak oooi. Dulu atuk kan kerja motong getah so memang kerja Mummy dan yang lain2 tolong atuk untuk pusingkan mesin ni. Berat tu nak pusing. Dulu kat kampung atuk mesin ni tapi lepas atuk meninggal dah jual kat org beli besi buruk. Klu tak mesti Mummy dah letak depan rumah kita jadi landskap...


Ni getah beku @ buku @ sekerap. Bau dia jangan cakap la tersangatttttttttttttttttttttttlah busuknye, lagi2 kalau dah terendam dlm air hujan lama. Mummy masa sekolah menengah dulu tak suka hari Jumaat. Kenapa? Sebab hari Jumaat tu atuk kutip getah buku ni dan Mummy kena tolong. Mama Miraki selalu pengelat sebab bila hari Jumaat jer di gi sekolah yang koko lah yang pengakap la, geram betul. Sebenarnya bukan tolong kutip getah buku tu sebenarnya tapi sekadar angkatkan baldi yang dah penuh tu bawak balik rumah so tak payah atuk ulang alik. Itupun Mummy sarungkan dua2 tangan dengan beg plastik biar bau tak melekat kat tangan (teruk gak Mummy ye...). Tapi hasil dari jualan getah beku tu lah atuk gunakan untuk besar dan sekolahkan Mummy dan yang lain2.



Atuk dulu ada kebun nenas sebelum ditanam semula dengan kelapa sawit (gambar ni bukan kebun atuk yer...sekadar hiasan). Tiap kali atuk petik nenas memang kena tolong punye. Tolong apa? Tolong angkat dan kumpulkan kat satu tempat lah. Nak tau camana kami angkat nenas tu ? Bukan pegang guna tangan jer.  klu cam tu bil anak habis angkat nenas satu kebun. Mummy guna kain batik dan selempangkan kat badan, pas tu letaklah nenas tu dalam kain selempang. Isilah sebanyak mana selagi terdaya. Kena berjalan kat celah2 pokok nenas dengan duri kat daun nenas yang mencucuk badan, kira memang sampai berdarah gak ler bila time mengangkat nenas. Itu masa Mummy dah besar sikit dan dah sekolah la tapi masa Mummy kecik2 lagi dalam 4-5 tahun atuk dan Mak Long selalu cerita Mummy selalu jadi cam boss sebab duduk kat atas nenas yang dah disusun atas basikal. Kat basikal tu kena letak ngan kayu palang2 dulu (panggil sangkak), emm ntahlah Mummy tak tau anak2 Mummy ni dapat bayangkan ke tak camana basikal letak palang2 kayu dan susun nenas atas tu... nanti anak2 Mummy dah besar Mummy lukis yer biar semua dapat bayangkan.


Anak2 Mummy tau tak ni apa? Mummy dah agak dah mesti semua tak tau. Ini isi buah kelapa sedang dijemur untuk dijadikan kopra. Dari kopra ni lah akan diproses jadi minyak kelapa dara masak. Ini juga kerja yang Mummy kena buat masa kecik2, tolong atuk start dari kutip buah kelapa, belah buah kelapa, jemur angkat jemur angkat sampai lah kelapa tu kering. Kerja nak menjemur tu Mummy involve masa weekend je sebab kena buat belah pagi. Tapi kerja nak angkat kelapa yg dijemur tu memang kerja wajib tiap2 petang la. Kelapa ni atuk jemur kat tepi jalan, so bila nak angkat waktu petang tu Mummy buat sambil tunduk jer sebab malu kawan2 dan orang yang lalu depan rumah tu tengok...Kalau masa jemur ni musim panas oklah tpai kalau kena musim hujan memang bercinta betul...kejap2 nak angkat nanti nampak matahari sikit atuk suruh jemur semula dan belum habis jemur dah hujan semula, masa tu memang menyumpah betul. Dan lagi satu kalau hujan masa jemur ni isi kelapa tu jadi berkulat dan nanti cepat busuk so kena lah korek untuk buang kulat2 dia.


Ini pulak tombong kelapa (kentos). Masa belah kelapa untuk buat kopra memang Mummy banyak dapat tombong ni. Tombong ni ada dalam buah kelapa yang dah tua sangat atau kelapa yang dah tumbuh daun2. Tombong ni Mummy suka yang kecik2 jer sebab rasa dia manis sangat tapi kalau dah besar sangat saiz dia rasa pun kurang sedap tak dan tak berapa manis.


Tumis kangkong, menu wajib rasanya seminggu 8 kali kut masak kangkung ni..haha... Dan Yin paling tension klu kakak2 masak sayur ni sebab dia tak makan (pokok2 kangkung tu hidup subur kat belakang bilik air... kan baja asli tu...heheh...berlagak betul la ngko Yin, kenapa sekarang klu g kedai tomyam ngko mesti order kangkung goreng belacan???


Lauk 'mewah' kari telor. Budget masak seorang dua biji tengahari sebiji dan petang sebiji tapi selalu bila petang dah tinggal kuah kari dia jer... kari telor semata2 tak der pun tambah kentang or tomato...tak pe lah dapat makan ngan kuah jer pun sedap!!!


Disebabkan pokok ubi keliling rumah dan kat kebun atuk banyak ini pun antara sayur yang kerap dimasak. Dah rasa cam kambing pulak, kalau tak pucuk ubi , kangkung kalau tak kangkung pucuk paku....Pucuk ubi selalu dimasak lemak putih jer (bobor) dan kalau nak bagi kaw selalu kena ada sambal totok ngan ikan masin.


Dulu2 kalau lepas solat Isya nampak atuk bancuh tepong rasa best sangat. Ya lah maknanya pagi tu tak de la sarapan ubi rebus dan yg sewaktu dengannya. Atuk buat apam gula merah...bancuh sebelum tido dan pagi2 esok atuk kukus, makan ngan kelapa muda....sedappppp. Apam gula merah yg orang jual sekarang ni tak macam yg dulu2 la...mungkin guna yis lain kut...dulu yis @ ibo roti tu kena rendam dulu bagi naik...kalau dah naik dan kembang ibu roti tu baru bancuh tepong, sekarang ni rasanya yis kering tu terus jer gaul kat tepong kan....ntahlah


Dulu2 kampung atuk kerap banjir, so bila banjir nilah aktiviti Mummy ngan yang lain2. Buat rakit guna batang pisang (getek la). Alah dah banjir nantikan pokok pisang tu mati gak so baiklah kita orang tebang dan buat rakit jer ...kann. Tengok betapa kretifnya Mummy dan mama2 yang lain.


Ini kerepek ubi sira (atuk panggil kerecek). Atuk dulu goren jer tak der pun bersira2 (lebih gula tak baik untuk kesihatan...emmm sebenarnya atuk nak jimat). Alah goreng cam tu jer pun Mummy makan laju jer. Ya la masa tu mana Mummy mintak atuk beli itu ini macam anak2 Mummy sekarang ni. Dulu junk food yg famous chikedessss ngan maruku panjang2...


Ini air oren bikabonat (atuk panggil 'jinjer' bukan 'jijieeeeeeeeeeee' tau) yang Mummy dapat minum kalau Mummy demam jer, kalau sihat walafiat jangan harap nak dapat. Masa tu cam nak berdoa jer biar demam selalu biar dapat minum air oren botol ni. Sekarang ada gak oren ni tapi tak banyak lah. Yang pasti kat kedai Abas ada jual itupun tak banyaklah.


Ni rupa basikal yang Mummy naik masa kecik2 dulu. Ni 'basikal pompuan' klau basikal lelaki ada palang (tak tau le sapa yg bagi nama tu). Buruk je ka tak macam basikal anak2 Mummy sekarang warna pun meriah semacam jer. Memang puaslah Mummy jatuh dan bangun masa mula2 belajar naik basikal ni. Tengoklah tak ada pun roda tambahan untuk balancekan badan, tu yang asyik jatuh jer. Dari darjah 2 hingga tingkatan 3 Mummy kayuh basikal gi sekolah. Dekat? Mana ada dekat rasanya ada kut 10km.

Pesanan untuk anak2 Mummy :
Mummy & Daddy akan sentiasa bekerja keras untuk memastikan anak2 Mummy mendapat yang terbaik di dalam segala segi. Kami akan sentiasa berdoa agar anak Mummy & Daddy akan menjadi insan yang berjaya dan sentiasa mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Mummy &Daddy telah merasai akan kesusahan hidup dan semoga anak2 Mummy tidak akan melalui seperti apa yang kami lalui. Amin. Mummy rasa itulah juga harapan semua ibu bapa di dunia yang mahukan segala yang terbaik untuk anak2 mereka.

7 comments:

  1. Ko ni Mummy Gee bukak nostalgia lama,berulang2 aku baca n akhirnya airmata keluar mengenangkan betapa peritnya mak n abah nk membesarkan 9 org anak hingga menjadi manusia sekarang ni. Arwah mak di akhir2 hayatnya selalu cakap "Mak yo jalok ngapuro bien ora iso mewahkea anak2 alhmdulilah sak iki wes podo due umah gedi,due anak bojo gen due kerjan"pastu mak nangis amik saputangan dlm kocek bajunya pastu cerita lagi sambil "gelongsor" x berbantal,rupa2nya dia nak meninggal.

    ReplyDelete
  2. ooo cerita uoll adik beradik lebih kurang sama dgn kami.. cuma bezanya kami takde kebun nenas. Tentang seronoknya klu terlihat ibu kita mengandun tepung selepas isyak utk sarapan pagi esok.. MM pun pernah melaluinya... agaknya semua anak kecil berperasaan demikian. Mungkin bezanya klu dulu anak2 muak mkn ubi, skrg pulak anak2 berdoa.. "jgn la esok sarapan roti lagi". :)

    ReplyDelete
  3. Kalau nak cite kat anak2 sekarang tak akan faham coz mereka tak duduk dikg dan susah nak diaplikasikan. Mmg mereka tak akan faham. Situasi kg sekarang kalau kita bwk mereka balik kg dah berbeza. Balik kg bg dioarang adalah sesuatu yang menyeronokkan.Mereka tak dapat nak menghayati keperitan hidup kita dulu... Mcm anak2 kitalah cuab kau perhatikan... bila balik kg... mereka seronok bermain... makanan selalu terbuang... balik kg bukan kena kerja... rasanya generasi anak2 kita selepas 1990 dah tak relevan kalau kita cite keperitan hidup di kg kerana mereka tak akan dapat menghayati. Mungkin kita kena cite kesusahan hidup orang bandar... yang di persekitaran mereka. (agaknya la... )
    Aku hari tu rebus ubi di samin... anak aku bukan main suka makan... mungkin sebab sekali-sekala... macam kita dulu kerap kali...memang jemu... Aku dulu tak makan kangkung coz rasa jemu jugak le.... dah aku bayangkan baja asli kangkung kat bilik air.

    ReplyDelete
  4. Gee... biar pun dulu hidup susah tapi realitinya bagi aku kehidupan kita dulu tenteram, tenang dan tak banyak masalah.
    1. Dulu tak ada harta dan sekarang ada harta tapi masih atas nama Maybank Finance, Hong Leong Bank dan sebagainya.
    2. Dulu naik basikal sekarang keta agak mewah tapi tak sihat.
    3. Dulu susah nak makan udang besar, sotong, daging, ketam dsb... sekarang mampu beli tapi tak boleh makan.
    4. Dulu jalan berkaki ayam sekarang pakai kasut kulit tapi kaki sakit.
    Tapi kita tak boleh putar balik masa... kehidupan kena diteruskan hingga ke noktah terakhir...yang semua orang pasti menempuhnya.

    ReplyDelete
  5. yang pasti dulu kurus, sekarang gemuk...yang tu camna nak jawap tu eak..

    ReplyDelete
  6. Yang kurus jadi gemuk tu sebab terlebih baking powder kut, ya la macam apam atau kueh bangkit kan tembam2 sampai x nampak pattern, tu yang kena minum jusmate tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  7. syahdu erk baca. tetiba terinagt kat arwah mak & abah dan kampung halaman. Rasany akalu kehidupan kita dulu ni ada "Bersamamu" layak kan. tapi itulah walaupun sesuah mana mak aabah tak pernah nak mengeluh dan meminta sana sini kan. Kita hidup seadanya. Makan pakai apa yang ada. Sampaikan masa sekoalh dulu kawan2 selalu cerita hujung minggu gi BP lah...( dulo orang sebot "Bando"), kita tak pernah merasa kan. paling tinggu gi PS aje dan sesakli gi Muar ataupun time cuti sekolah ke KL duduk rumah Kak Nor. Tak ada istilah gi cuti2 malaysia, gi makan KFC, McDonald, Pizza..( nak sebut pun tak tau...)..tapi nak wat camana zaman dah berubah, apa yang kita nikmati hari ni hasil penat lelah mak dan abah dulu...dan Alhamdulillah sampai sekarang ikatan persaudaraan kita tetap utuh dan erat walaupun masing2 dah punya kelaurga sendiri dan kehidupan sendiri. Itulah internet mengeratkan hubungan kita semua kan...

    ReplyDelete