Thursday, January 28, 2010

Mari Belajar Jawi (bukan masuk jawi.....)

Ada orang hantar email ni kat Mummy. Dia bagi resepi kek ni untuk Mummy try. Eleh sebenarnya dia nak test la tu Mummy ni pandai baca Jawi ke tidak...kepada pengirim emel ni kan, bukan nak sombong la tapi kan malulah Mummy nak mengaku true blue Johorean klu tak pandai baca Jawi. Betul tak orang2 kampungku???? Kawan2 mari kita belajar Jawi (bukan masuk jawi yer!!!).








Kek Rainbow

Perkakasnya:
  1. Acuan kek
  2. Kertas minyak
  3. Pemukul telor
  4. Besen kering
  5. Senduk kayu
Benda2 Campurannya:
  1. 12 oz (4 cawan tepong kembang)
  2. 10 butir telor ayam
  3. 12 oz atau setengah cawan mentega
  4. secukup garam
  5. 1 camt essen ros
  6. 1 camt essen vanilla
  7. Air pencelup jenis merah dan hijau
  8. 3 cawan gula tumbuk (12 oz)
Cara Membuatnya:
  1. Pukul gula dengan mentega hingga naik
  2. Pecahkan telor asingkan merah dari putihnya
  3. Masukkan kuning telor sebiji2 kedalam adunan, terus dipukul
  4. Pukul putih telur dilain tempat hingga naik
  5. Masukkan garam ke dalam tepong masukkan ke dalam adunan berganti2 dengan putih telor
  6. Bahagikan adunan itu kepada 3 bahagian lebihkan sedikit yang berwarna putih dan warnakan yang lagi dua itu satu dengan warna merah dan satu dengan warna hijau
  7. Kepada adunan yang putih masukkan essence ros dan kepada adunan yang merah dan hijau masukkan essence vanilla
  8. Alas acuan dengan kertas minyak dan sapu dengan mentega
Cara Mengatur Coraknya:
  1. Tuang ke dalam acuan itu adunan yang putih biar rata dan setebal 2 inci. Inilah lapisan yang pertama.
  2. Tuang pula adunan yang merah di tengah, jangan sampai ke tepi acuan. Tinggalkan anggaran satu inci dari tepi. Ini lapisan yang kedua.
  3. Tuang pula adunan yang hijau dan jangan sampai ke tepi yang merah, tinggalkan juga satu inci dari tepi yang merah. Ini lapisan ketida.
  4. Bahagian lapisan yang keempat tuang adunan yang putih biar rata2 dari tepi hingga ke tengah mengisi yang kosong di tepi tadi.
  5. Bakar diapi yang sederhana selama 30 hingga 40 minit.
Ada masa nanti Mummy akan try resepi ni.



Mungkin ini hasilnye???

2 comments:

  1. Akak dah hantar resepi, dah tengok gambor, dah tahu akak suka kek nie..kalau tak dapat gak...akak mogok tau..malas nak bukak blog ngko lagi...peeh..bestnya kalau mlm nie mimpi makan kek minyak...muhamuhaha

    ReplyDelete
  2. betul la Mummy!! Hidup JOHOR! Hehe..Itu la keunikan Johorean, sebrutal2 mana pun, diorg (insyaAllah) setakat membaca dan menulis jawi bukan la satu masalah besar... Semoga kita dpt kekalkan tradisi ini hingga ke ank cucu.

    ReplyDelete