Friday, February 4, 2011

Cuti = Makan

Cuti raya cina tak pegi mana pun, lepak2 kat rumah je. Daddy operasi pembersihan keliling rumah, trim pokok2, buang mana yang dah mati, pindah pasu dll. Mummy tak de apa masak je la. Jom layan apa Mummy masak utk lunch semalam.

Ikan dan sotong bakar... ori bakar guna arang ni. Si Daddy beria2 nak bakar kat luar dengan anak2, emm kalu Mummy ambik jalan senang je, masuk je dalam oven, 10 minit siap... heheh. Tapi  x de la bau2 arang ...

Daging black pepper dankari ikan bawal.

Lepas lunch dan zohor, Mummy zzzzzzzzzzz dengan Dafiy dan Daddy pegi menebas kat Nilai Spring. Ya la musim2 hujan ni kan rumput kat padang cepat tumbuh... heheh

Banana choc muffin utk minum petang semalam. Pisang jiran Mummy bagi, kelmarin dah goreng, so ada baki lagi tergolek dalam petisejuk baiklah Mummy godek jadikan muffin.

1 comment: