Friday, February 4, 2011

Cuti2 duduk rumah je!

Hari ni kul 5.30am dah terjaga, puas pejamkan mata semula pun tak boleh nak tido, so terus bangun je la, kul 6am baru gerakkan daddy dan anak2 utk gi surau.

Xtvt Mummy hari ni main2 dengan choc dari awal pagi sampai ke tengahari. Dapatlah dalam 200 pcs oreo choc, waaaa sakit pinggan... emmm camanalah  nak amik order yang beribu2 ni, baru buat 200pcs pun dah mengeluh... hahaha. Lepas tu buat choc hantaran untuk orang nak bertunang pulak.

Daddy lepas subuh pergi ziarah ada orang meninggal. Balik dari ziarah tu dia sambung operasi lalang... heheh. Tak ada lalang pun kat belakang rumah Mummy ni, tapi rumput2 naik meninggi la.

Mood nak masak tak ada so plan hari ni suruh daddy beli briyani lepas solat Jumaat. Dia orang gi solat Jumaat, Mummy layan mata sekejap sambil tunggu dia orang balik bawak nasi... huhuhu... sampai almost kul 3pm dia orang x balik lagi ni... perut dah kruk krak kruk krak... Kul 3.30pm baru dia orang balik... waaaaaaa nasi briyani x ada sebab kedai tutup, jenuh Daddy meronda cari kedai briyani x ada yang bukak. Dia orang bertiga makan nasi campur kat kedai dekat2 rumah ni je.. huhu... sedih oooo dia orang x beli apa pun utk Mummy... nasib baik bibik dah masak nasi, so lastnye makan nasi lauk telor mata, ikan masin ngan kicap je....

Petang sambung lagi main2 ngan choc, ada cornflakes sekotak. So sebelum dia expired Mummy transform dia jadi cornflakes choc a.k.a choc cluster....

1 comment:

  1. Wah. Perniagaan semakin berkembang tahniah. Kena ambik pekerja nampaknya tu! Satu perniagaan yang mempunyai potensi besar.

    ReplyDelete