Wednesday, February 16, 2011

Rela ke paksa?

Si montel yang patah tangan 2008...

Nak cerita sikit pasal hal persekolahan anak2. Untuk aktiviti sukan dan pasukan beruniform tu kan, actually pilihan murid sendiri atau guru2 yang tentukan ye? Pada Mummy yang tak tau sangat tentang urusan pentaddbiran sekolah ni Mummy rasa sepatutnya kedua2 aktiviti tu hendaklah ikut pilihan pelajar, so kalau pelajar suka dengan pengakap dia akan masuk pengakap tak ada lah pulak nanti pelajar suka ngan puteri islam tapi cikgu dah masukkan dalam pasukan bomba dan sebagainya. Cam tu gak klu murid suka sukan bolasepak tapi cikgu suruh masuk team badminton.

Sebenarnya minggu lepas si Danny called Mummy dan bagitau hari khamis ni dia tak nak datang ke sekolah. Hairan gak Mummy kenapa tetiba dia tak nak sekolah. Dia kata hari khamis ada pendidikan jasmani. Mummy lagilah hairan sebab selalunya pendidikan jasmanilah yang paling dia suka. Oooooooo rupa2nya cikgu dah masukkan nama dia untuk sukan sepak takraw, dia dah mintak tukar nak masuk badminton tapi cikgu tak bagi. Beria2 dia suruh Mummy telefon cikgu sukan dia... Tapi kan cam kelakar pulak lah, kut ye pun cikgu randomly pilihkan sukan untuk murid2 tengoklah sikit fizikal murid2 tu.. cam nak tergelak lah pulak Mummy camana la anak Mummy yang montel tu nak main takraw. So untuk pujuk dia Mummy cakap kat Danny la, takraw tu senang je cam dia buat shuffle... pandai lak dia jawab, nanti klu main takraw kan nak kena libas bola kalau dia jatuh dan tangan patah lagi sekali camana??? Mummy... speechless!!!

6 comments:

  1. Ada ya sistem paksaan mcm ni? Tak best la kan.. suruh je Danny jd rezab dpd tak dtg langsung.

    ReplyDelete
  2. Ini cikgu kokurikulum nak jawab. Sekarang dasar i Malaysia yg siNajib canang. Tentang pemilihan sukan, pasukan beruniform pihak kementerian hendaklah ada integrasi kaum dan tak boleh monopoli kaum dalam sesuatu permainan dan pasukan beruniform. Kat sekolah aku baru tahun lepas aku tetapkan. Kalau tak bila PBSM semua Cina, KRS Melayu, Bomba India. Sekarang ni lagi satu murid satu permainan walaupun tak tau main sekali pun kena pilih satu permainan yang ditawarkan di sekolah. Untuk permainan aku bagi kebebasan murid pilih dan tentula...basketball budak Cina, Takraw Melayu...Bolasepak +++ pulak.

    ReplyDelete
  3. Tu ler sklh syafiq pun sama.Cikgu bg dia hoki.Bila dia tnya budak2 ting 2 keatas, dia ckp hoki langsung tak aktif.Dtg KK sain2 buku dah.Dlm diam dia letak nama dia kt badminton.Pasukan beruniform pun dia dpt PBSM.Dia minat kadet polis sbb dia tau hubby yg akan ajar sklh tu kawad.Hari ni hubby nk jmpa cikgu mintak tukar.

    ReplyDelete
  4. Ya betul2 aku sokong....pd aku ikut minat murid...dulu anak pun minat kadet polis, tp d bagi bomba, lnsung jarang dtg mse ada latihan

    ReplyDelete
  5. Habis macamana? Semua murid nak pilih bola sepak. Yang minat sepak takraw cuma 3 orang...peninglah cikgu.

    ReplyDelete
  6. sama jer..Ika dulu nak masuk KRS, tapi cikgu masukkan nama dia dalam Puteri Islam. nakmintak tukar cikgu tak kasi...dah tu camana kalaumurid tak minat...rasanya sebagai nak cukuplan syarat jer kot. so dari tahun 3 sampai ke tahun 6 dia masukputeri islam.

    Iki pulak form 1 ni kat SAB, masuk kadet polis...dia suka sebab dia kata baju cantik...memang pun nak beli baju kadet polis siap kensa tulis nama bagai...takut kotorang menyamar kot....

    ReplyDelete