Monday, February 14, 2011

MAJLIS DOA SELAMAT & BIRTHDAY PARTY 2011 - PART I

n3 terlewat sebab tuan tanah kepenatan pengsan setengah hari.... hehhehe


13/12/2011 (Ahad) - Yang ditunggu2 dah tiba... hari untuk berkumpul dengan sanak saudara sempena majlis doa selamat dan ulang tahun kelahiran anak2 Mummy. Mummy biasalah tiap tahun akan buat 4-in-1 birthday celebration tapi tak de la sampai 7 hari 7 malam cuma 14 hari 14 malam je... hahahha.


Anak2 pastilah yang paling gembira, bukan setakat gembira nak sambut birthday tapi sebab sepupu-sepapat datang. Malam minggu tu family YB Bukit Mutira si Som dan Mama Miraki YB Ampang. Malam tu memang anak2 main sakan dan masa Mummy bangun kul 5am Mummy tengok anak Mama Miraki si Iki, Ijat anak Som dan Along (anak abang Daddy) masih berjaga layan playstation dan FB...




Acara yang ditunggu budak2 mestilah time tiup lilin dan potong kek. Bukan terikut2 budaya omputih tapi Mummy rasa tak ada salahnya kita buat sesuatu yang dapat mengembirakan anak2. Harap2 masa kita tua nanti mereka akan sentiasa mengembirkan kita.


Malas nak cerita panjang jomlah layan gambar2...


Mummy & Daddy... menyelitlah pulak si Dafiy ni....

Majlis doa selamat bermula selepas solat zuhor, jemaah surau dan jiran tetangga lelaki serta saudara mara turut serta. Alhamdulillah ramai yang dapat joint baca doa selamat. Sampai penuh ruang tamu dan ada yang kena duduk kat anjung pulak. Maaflah ye kalau ada yang kurang selesa.


Alhamdulillah ramai yang dapat turut serta masa bacaan Yassin dan doa selamat diadakan

Ruangtamu tak muat sampai ada yang kena duduk kat anjung je...

Aminnnnnnnnnnnnn....

Masa untuk menjamu-selera.... silalah yer utk menjamu selera... apa menu hari ni? Klik sini.


Kesesakan lalu lintas di meja buffet


Silalah makan yer...


Agak2 ada tak yang kehilangan kasut or selipar... teringat dulu klu ada majlsi kahwin kat kampung mesti ramai yang jadi mangsa... heheh. Actually bukan hilang pun tapi ada orang pinjam dan letak kat pintu lain pulak


3 stooges - anak2 dara sunti Lisa (anak Som), Ika (anak Mama Miraki) dan Shasha (anak Kakak Kay)

Suasana dalam rumah


Bersepah2 betul muka makcik sebelah Mummy ni kan....


Tuan tanah sibuk refill makanan yang dah habis


Abg Enal, Hafeez, Iwan & Arif

Ida, jiran belakang rumah Mummy masa kat Nilai dulu

Antara ahli mesyuarat tingkap wanita D7 yang paling aktif bermesyuarat... hehhe

Afidah, Kak Zee & Kak Gayah


Kak Gayah & Cikgu Ina


Kak Zai & Dr Farah

* Mesti kaum kerabat ku bosan...sebab gambar dia orang tak banyak dalam n3 ni... puas dah dia orang berposing....tungguuuuuuuu n3 seterusnya...

3 comments:

  1. haaa... memang bosan pun, rasanya penat aku posing tapi tak de satu pun gambar cun aku...huhuhu....

    ReplyDelete
  2. c.gee... jgn lupa upload gambar cumil saya n hubby ye... hikss

    ReplyDelete
  3. Hei..gee, ko tak nampak ye aku n kak kay tu terselit tengah asyik bergosip.Tenguk betul2....

    ReplyDelete