Monday, February 21, 2011

Murah tapi ok

Sebulan dua ni kulit Mummy tersangat2 keringnye. Dulu2 pun kering gak tapi tak de la cam sekarang ni. Kebetulan aircond kat opis ni baru diservis, so bila lagi sejuk lagi teruk la kekeringan kulit Mummy ni. Sampai kalau Mummy guna jari gariskan kat lengan boleh tinggalkan kesan. Sebelum2 ni dah banyak jenis hand dan body losyen yang Mummy guna, nampak cam kureng je kesannya.

So last 2 weeks Mummy gi klinik dan doktor cadangkan sejenis cream. Dan lepas guna dalam dua minggu Mummy nampak perubahan. Kulit Mummy memang rasa lagi lembab dan lembut (ni bukan kes puji diri sendiri tau..). Dan yang bestnya losyen cream ni tak de la rega sambai ratus2 or ribu raban. Product ni dari Australia.

Concentrated Vitamin E Cream dari SkinLabs

Harga untuk 100ml ni cuma RM22 je...

Mummy tak dibayar royalti yer, cuma nak berkongsi info dengan kawan2 je.

2 comments:

  1. wow... mana nak dapat ni... kat farmasi ade ke

    ReplyDelete
  2. Ayien - rasanya ada jual kat farmasi tu....

    ReplyDelete