Monday, July 9, 2012

Yin - Terkini, selepas 4 Minggu

9/7/2012 (Isnin) - Sekarang ni Mummy memang tak de mood nak berblog, dah  lama tak buat n3 masak2 dan baking2 kan. Kalau ada pun n3 pasal abang Mummy yang sedang terlantar sakit.


Cepat benar masa berlalu, dalam tak sedar dah 4 minggu Yin terlantas sakit. Hari ni Yin ada follow-up di HSA. Kelmarin petang Kak Long dan anak bujangnya si Dr Kroll tidur rumah Yin untuk tolong siap2kan Yin untuk ke HSA.


Seperti dijangka pagi tadi Yin masih tidak mampu mengerakkan kakinya untuk berjalan, bukan setakat berjalan tapi nak angkat kaki di bahagian peha pun dia tak larat, bila dipegang dia kata sakit. So kami syak memang dia kena gaot. Untuk bawak Yin ke HSA kami sewa ambulance. Ambulan yang sama juga tunggu Yin selesai buat follow-up dan hantar Yin terus ke rumah kakak Mummy, si Mama Janet di Parit Bunga Muar. Yin akan berurut seminggu dua di situ.


Suasana di hospital sementara Yin menunggu giliran. Kesian si Harith. hari ni birthday dia tapi papa dia Masih sakit lagi. Kalau tak tiap tahun mesti dia akan potong kek denan mama dan papanya. Sabar ye Harith. Sabtu depan Cik Gee pegi tengok papap, Cik Gee buatkan kek untuk Harith yer. 


Isteri yang sejati... nasib baik mendapat pengetua yang bertimbang rasa, so lepas habis kelas sebelah pagi tu Kak Tanty terus balik rumah dan ikut ke HSA.


K'roll anak bujang Kak Long yang bila2 masa tunggu surat kat hospital mana dia akan ditempatkan. So buat masa ni memang banyak tenaga dan ilmu pengetahun yang dia belajar dipraktikkan tidak secara rasmi. Yin jadi patient pertama dia.

Lama gak check-up hari ni sebab Yin kena buat semula CT scan. Buat scan sebelum lunch so terpaksa tunggu lepas lunch la untuk jumpa dr semula dan dr explain hasil scan. Keluar rumah lebih kurang pukul 9.30 am sampai pukul 3.30pm baru urusan di HSA selesai. Alhamdulillah hasil scan, dr kata tiada lagi cairan berlebihan di otak Yin. Percakapan Yin pun bertambah baik cuma pergerakkan dia yang sangat limited buat masa ini. Harap2 Yin akan cepat recover. Dr bagi Yin MC seminggu jer... cam hairan gak la kenapa la Dr ni bagi MC seminggu jer, dalam keadaan Yin macam sekarang ni hanya keajaiban dan dengan kekuasaan Allah sahaja Yin boleh kembali boleh mengajar dalam masa terdekat. Nak buat camana ikut je la arahan, next week kena bawak Yin gi follow-up semula. Kami cadang Yin akan berurut selama dua minggu di Muar tapi bila kena chekc-up semula minggu depan, tak tau la plan camana pulak nanti. Harap2 dalam masa seminggu Yin bertambah2 sihat dan boleh berjalan seperti biasa. Dari HSA ambulan terus bawak Yin ke Muar. Kak Tanty dan Kak Long temankan Yin naik ambulance. Harith, Som nak kereta dengan Kroll mengekor dari belakang.


Dari semalam lagi Mama Janet dah siapkan katil untuk Yin.


Dalam pukul 5.30 Yin dah sampai ke rumah Mama Janet


Sedang di tolak masuk ke rumah Mama Janet

Sedia untuk dipindahkan sari stretcher ke katil

Letih dan haus di jalanan dari HSA. Kak Tanty tengah suapkan Yin minum teh-o suam. 

Tak tau kenapa, tapi Mummy rasa sedih sangat tengok gambar Yin yang ni. Ntah apa yang sedang difikirkan dia

Kak Tanty, Harith, Kak Long, Som dan K'roll kat rumah Mama Janet sampai lepas Isya', so dalam pukul 8.45 dia orang balik ke Kulai/Kota Tinggi/JB. Semua singgah Kulai dulu sebab kereta kat rumah Yin.

Dr Kroll beri semangat dan motivasi kepada Yin

Papa, Harith balik dulu dengan mama yer, esok Harith sekolah. Nanti malam sabtu Harith datang lagi dengan Mama. Hari ni bday Harith, harith tak nak hadiah apa2, Harith nak papa sihat macam dulu2 je. Papa cepat semboh yer... I luv u papa.

Mama balik dulu pa, esok mama mengajar, nanti malam sabtu mama datang dengan harith. Papa cepat sembuh yer. Mummy tak dapat bayangkan bila sampai rumah kat Kulai nanti dah tengah malam, dan lepas Som dan Kak Long balik ke rumah masing2 tinggal Kak  Tanty dan Harith jer berdua kat rumah yang besar tu. Ya Allah, kau kuatkan lah hati kakak iparku menghadapi ujian ini.

Bukan Kak Tanty dan & Harith jer yang tak sabar nak tunggu hujung minggu, Mummy pun tak sabar gak. Mummy memang dah plan nak ziarah Yin walaupun masa tu tak tau lagi samada Yin ada di Kulai atau di Muar. 

"Yinnn, make sure hari Sabtu ni ko boleh jalan tau. Harap2 lepas berurut2 nanti ko bukan setakat boleh jalan tapi ko boleh lari lagi. Nanti aku datang masakkan lauk kegemaran ko. Cam selalu ingat pesan aku, ko kena kuat kan semangat kau untuk semboh. Kau mesti boleh punya. Kami semua sentiasa doakan yang ko cepat semboh dan boleh mengajar semula seberapa segera. Lagi 2 minggu kita nak puasa dah, ko nak bawak Harith gi Tarawih kan... ko praktis gerakkan kaki dan tangan kau hari2 tau, paksa diri kau tu. "

Credit gambar dari FB , Mama Janet, Som & Kroll

1 comment:

  1. Sedih saya baca kisah Yin ni...moga beliau cepat sembuh ya.... tapi yang mama pelik bin ajaib tu ngapelah MC takat seminggu je.... bila tarikh follow-up Yin... every week ke? Kasihan jauh tu kalau nak ke HSA untuk sambung MC.... kalau tarikh f/up lambat lagi ambik je MC kat mana klinik kesihatan kat parit bunga tu samapai tarikh f/up kat HSA tu.... banyak sabar dengan dugaanNYA

    ReplyDelete