Friday, July 27, 2012

Perfume raya, dah beli ke?

Baju raya dah tempah dah beli dan akan beli, kuih raya lagi 2 minggu dah boleh buat, kasut belum beli lagi (tapi kawan blogger Mummy, si MissMirror dah beli kasut raya sampai dua pasang lagi), perfume dah beli.Hah perfume raya pun ada ke. Eh, mestilah..  time raya ni wangi2 kena lebih sikit. Masa raya kan nak bertandang rumah sedara mara dan jumpa kawan2 lama. Nanti kalau nak cium dan peluk2 arab barulah rasa selesa, betul tak Cik Kiah....hehehhe.

Kelmarin balik dari meeting kat MARA, Mummy 'tersesat' dan menyesatkan diri ke Sogo. Tujuan nak pegi belikan hadiah untuk birthday Daddy. Dah alang2 belikan hadiah untuk Daddy tu Mummy belilah hadiah untuk diri sendiri gak. 

Kali ni Mummy beli perfume Acqua di Gioia Giorgio Armani. Bau dia lembut2 je. Mummy tak suka perfume yang bau kuat sampai menyusuk hidung. 

Sogo sekarang tengah buat raya sales. Untuk setiap pembelian di bahagian perfume dan kosmetic voucher RM10 akan diberikan untuk setiap pembelian RM100. Selain tu dapat lagi 2 miniature perfume. Mummy pilih Armani Code dan Acqua di Gioia Armani. Yang kecik tu senang nak bawak kalau travel.

Ni hadiah Mummy untuk daddy... mesti korang dah boleh agak apa isi dalamnya kan....hihihi

Ini je Mummy bagi kat Daddy..... perfume Mummy dan Daddy dari jenis yang sama tapi bau mestilah lain2.... Daddy punya perfume strong sikit bau dia. Acqua Di Gio & Acqua di Gioia ni antara dua best-selling perfume dari Giorgio Armani. Cubalah..... ni cam dah promosi percuma untuk Giorgio ni...hehhe

For me and for him...


3 comments:

  1. Hahaha... Kalau kasut tu hush puppies atau scholl maybe saya tak beli 2 pasang kot Mummy, tp sbb kasut tu kasut murah je... tu yg beli 2. :D.

    Perfume Raya ?. Stock Elezabeth Arden 5th Avenue yg beli masa gi Aussie itu ari ada 1 botol lg blom buka. Perfume saya susah nk abis, tak tau la kenapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mummy memang suka beli perfume, belum habis dah beli yang lain. Boleh buat ganti2. Perfume Mummy cepat habis sbb anak dara kecik tu dah tak nak pakai minyak wangi Johnson Baby Cologne, gi sekolah pun pakai perfume Mummy gak.

      Delete