Monday, July 23, 2012

Yin - Sambung MC 3 Bulan

Hari ni Yin ada follow-up kat HSA. Alhamdulillah di adah boleh jalan, so pergi ke HSA naik kereta je ditemani Kak Tanty dan Harith. Sampai di HSA, YB Bukit Mutiara dah menunggu.

Tanty ponteng sekolah , nak temankan papanya ke HSA

Setia seorang isteri

Nampak susut badan Kak Tanty...

Muka boring menunggu 

Masa tunggu Kak Tanty ambik kereta ada satu merc berhenti depan Yin. Pas tu Yin buat cakap , ' bukan ini ke kereta aku'.....

MC sehingga 22/12/2012

Gambar2 amatur dari FB, Yb Bukit Mutiara....biasalah hp cap ayam kan gambar pun blur jer...hihihi. Jangan marah Som.


Overall, fikiran Yin masih bercelaru, tak stabil dan sedikit konfius. Kadang2 dia rasa dia masih berada di Lawas lagi. Banyak kali dia tanya betul ke emak dan abah dah tak ada. Kadang2 dia ok, boleh buat lawak lagi cam dulu. Ya, Allah dengan kekuasaanMU kau kembalikan lah semula daya ingatan abangku ini.


Sekarang ni Yin kerap bukak FB dan tengok blog. Harap2 dengan tengok2 gambar2 tu ingatannya bertambah baik.

No comments:

Post a Comment