Wednesday, July 4, 2012

Yin, kenapa kau menangis?

3/7/2012 - Mummy ambik cuti, Mummy dan Mama Miraki turun ke Kulai ziarah abang Mummy, Yin Wong Khoo Lai. Kebetulan hubby Mama Miraki ada kerja di Jabatan Laut Johor so we all tumpang sekaki. Seawal pukul 6.15am Mama Miraki dah sampai rumah untuk jemput Mummy. Pukul 9am kami dah sampai ke rumah Yin.

Masa tu Yin ditemani Kak Long dan anak nya Kroll dan Kak Yah (kakak ipar Yin). Yin masih tidur lagi. Kak yah kata dah dua malam berturut2 Yin tka tidur, terkebil2 je malam-malam. Mummy datang pun dia tak sedar. Puas dah buat bermacam cara nak bagi dia sedar dan bukak mata.

Mummy panggil, geletek, tepok2 tapi Yin tak menguit langsung.

Dari pagi dia asyik tidur je... jenuh Mummy dan Mama Miraki buat macam2 nak bagi dia bukak mata. Dah puas basuh muka dia tapi dia tak nak bukak mata gak. Kita panggil2 pun dia setakat eh eh sekali2. Sedih tauuuuu

Dalam tidur tapi dari raut wajah dapat digambarkan Yin sedang menanggung kesakitan yang amat.

Yin tak bukak mata tapi air mata asyik keluar je. Tak tau la kenapa air mata dia menitis. Sama sebab  sakit, sedih atau apa. Wallahualam..... Mummy sampai pukul 9.00, hampir pukul 11 baru dia buka mata sikit. Mummy gegarkan badan dia biar bangun, akhirnya dapatlah dia makan nasi 5-6 sudu, tembikai susu sikit dan air glucose setengah cawan. Selera makan Yin memang tak ada langsung. Itu yang menambahkan dia tak bertenaga. 



Mama Miraki tengah sembang ngan Yin, walau Yin tak respond tapi we all tak putus asa.

Kak Long, Mummy & Mama Miraki. Kak Long tidur semalam di rumah Yin. Hari ni sampai hari Jumaat kakak2 Kak Tanty ada untuk jaga Yin so Kak Long balik rumah dulu.

Dari pukul 5pm plan nak balik tpai rasa cam tak smapai hati la pulak nak tingglkan Yin dalah keaddan macam tu.


Macam2 Mummy dan Mama Miraki buat biar Yin terjaga dan bukak mata masa kami nak balik. Sesekali dia ada respond tpai kami tak berapa paham

Keadaan Yin minggu ni tidak sebaik minggu lepas, kalau minggu lepas selepas balik dari follow-up check-up dia boleh berjalan sendiri perlahan2, nak kencing boleh ke toilet, tapi 4-5 hari ni dia langsung tak boleh bangun sendiri dari katil. Kencing pun atas  katil je. Sekarang ni dah pasang salur kencing terus masuk dalm ke bag. Nasib baik ada anak Kak Long, si Khairul yang betul2 baru habis buat medic resti pasangkan. Kira Yin jadi patient pertama dia la. Yin banyak tidur dari jaga. Tak tau la kenapa dia asyik tidur jer nak kat apengaruh ubat tak juga sebab dia hanya ambik ubat darah tinggi dan ubat darah tinggi tu tak menyebabkan mengantuk. Kami tak jemu berdoa semua dengan kuasa Allah dalam masa terdekat yin boleh recover dari penyakitnya.

Yinnnnnnnnnnnn. Bangunnnnnnnnnnnn. Ingat cakap aku ni, kau kena kuatkan semangat. Lawan penyakit tu. Kau tak berseorangan kami semua akan bantu kau pulih sedia kala. Ingatkan Harith, dah lama dia tunggu papa dia jemput bila balik sekolah. Hari2 bila Kak Tanty ambik dia mesti dia akan tanyakan kau 'Papa dah ok ke ma' . Demi kami semua kau kena kuat, jangan mengalah. Insyallah Allah sentiasa bersama kau. Bangunnnnnnnnnnnnn Yin!!!

5 comments:

  1. Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan En Bahreyn, semoga cepatn pulih, dan boleh tulis entri blognyaa lagi seperti masa-masa yang lalu.

    ReplyDelete
  2. tiada kata secantik bahasa.....tiada gambar seidak lukisan...nk ku tunjukan perasaan....bngun yinnnnnnnnnnn, apalagi yg leh kita buat selain dr berdoa d mlm nisu syaaban khas uk ko yin....

    ReplyDelete
  3. moga cepet waras...iso nyambut poso

    ReplyDelete