Sunday, July 22, 2012

Cerita 1 Ramadhan 1433

N3 tertunda a.k.a terlewat publish...


1 Ramadhan 1433 (Sabtu) - Awal pagi dah ke pasar, pas tu serah la kat bibik untuk cuci bersih dan simpan. Mummy marathon baca novel (ish2... orang marathon khatam Quran Mummy sibuk baca novel pulak....), nak buat camana dapat 'cuti rehat puasa'.... hihihi


Muka ngantuk je masing2 masa sahur

Nasib baiklah anak2 Mummy ni dalam kategori kanak2 yang mudah dikejutkan untuk bangun sahur

Tidur dan keletihan. Hari pertama ni Dania dah kecundang.... pukul 12 lebih dia dah tak tahan sangat haus dan lapar. Last year masa umur 6 tahun pun 1st puasa dia setengah hari jer, alhamdulillah hari2 seterusnya dia dapat puasa dan tak ponteng2 lagi.

Hidangan berbuka 1 Ramadhan

Kari kepala ikan salmon by Mr Daddy.... Sotong goreng tepong requested by the kids

Kacang botol tumis pedas membunuh dan daging black pepper

Ikan masin kurau dan kurma mestilah ada

No comments:

Post a Comment